Keputusan pilihanraya negeri kali ini membuktikan Mat Said gagal total dan kekalahan di kesemua kerusi adalah suatu yang perlu diberi perhat...
Keputusan pilihanraya negeri kali ini membuktikan Mat Said gagal total dan kekalahan di kesemua kerusi adalah suatu yang perlu diberi perhatian segera.
Beliau mesti bertanggungjawab atas kekalahan yang memalukan ini. Beri muka baharu untuk menerajui UMNO Terengganu.
Mat Said gagal merancang untuk UMNO merampas semula kerajaan negeri. Perancangan lemah dan sentimen buruknya terhadap kepentingan media sosial menyebabkan jentera media calon hilang fokus. Meletakkan pasukan media negeri di bawah individu yang tidak ada pengalaman langsung di dalam perang cywar dan propaganda menyebabkan serangan berimpak tinggi tiada penyudahnya.
Unit Komunikasi Strategik lumpuh dan tidak mampu bertindak dari awal dan sentiasa dibayangi oleh keputusan Mat Said menyebabkan tiada pelarasan isu atau ‘mapping issue monitoring’ jauh ketinggalan.
Jentera JR Wanita sahaja yang nampak berfungsi walaupun tidak secara keseluruhan Dun. Pemuda dan Puteri langsung tidak menyerlah. Isu besar ada tetapi takut untuk mainkan peranan. Isu tanah, skandal pemimpin Pas dan salah guna kuasa kerajaan Pas tidak dibawa oleh Pemuda dan Puteri. Mengharapkan penceramah semata-mata adalah salah.
Cikgu Razif hanya memberi fokus kepada Dun yang beliau tandingi sahaja dan tidak bertindak sebagai penasihat kepada pasukan penceramah memandangkan beliau adalah bekas MB.
Calon sesuai untuk menggantikan Mat Said adalah Jailani Johari dan dibantu oleh Pehimi dan Ketua Penerangan adalah Rozi dibantu oleh Armi Irzan.
Mat Said, Cikgu Razif dan Idris Jusoh perlu diberi tempat sebagai penasihat UMNO Negeri.
Kenapa Jailani?
1. Muka baharu atau wajah ‘fresh’ adalah untuk menarik kembali sokongan rakyat Terengganu kepada UMNO BN kerana Terengganu adalah ‘Swing State’. Sokongan rakyat berdasarkan prestasi kerajaan yang memimpin.
2. Jailani berlatar belakang korporat dan memahami bagaimana untuk menarik kembali pelabur yang tidak yakin dengan pentadbiran kerajaan Pas Terengganu.
3. UMNO Terengganu perlu pemimpin lebih dinamik dan memberi wajah harapan kepada keterjaminan masa depan rakyat.
Pemimpin-pemimpin UMNO Terengganu wajib berjiwa besar. Jika kekalahan ini tidak diatasi segera, hayat UMNO di Terengganu bakal senasib dengan UMNO di Kelantan.
Berilah peluang kepada muka baharu jika ingin melihat UMNO BN mentadbir negeri ini.
No comments