Melihat pada susur sejarah bagi jawatan Menteri Besar Terengganu, tidak pernah berlaku individu yang sama menjadi Menteri Besar lebih dari s...
Melihat pada susur sejarah bagi jawatan Menteri Besar Terengganu, tidak pernah berlaku individu yang sama menjadi Menteri Besar lebih dari sekali.
Dato Seri Ahmad Said sepatutnya menggunakan peluang terbaik ini untuk membuktikan kepada rakyat Terengganu bahawa beliau berjiwa besar dan menamakan seorang calon yang berwibawa dari UMNO sebagai Menteri Besar sekiranya UMNO-BN menang pada pilihanraya negeri kali ini.
Beliau perlu melihat bagaimana UMNO dapat meyakinkan kembali rakyat seperti mana ketika UMNO Terengganu bangkit dari kekalahan selepas tewas di zaman arwah Tan Sri Wan Mokhtar. Bagaimana UMNO menyusun jentera dan meletakkan Dato Seri Idris Jusuh sebagai calon Menteri Besar Terengganu jika UMNO-BN menang pada pilihanraya berikutnya. Idris merupakan seorang korporat.
Terengganu sebuah negeri yang membangun dengan sumber industri berasaskan petroleum dan sektor pelancungan yang perlukan sentuhan pemimpin teknokrat yang mampu menarik keyakinan korporat global.
Laluan ini pernah menjadikan UMNO disegani dan diterima baik oleh rakyat maka hasilnya adalah rakyat memilih UMNO kembali untuk memimpin Terengganu.
Masih belum terlambat bagi Ahmad Said untuk mengumumkan calon Menteri Besar dari UMNO yang lebih layak dari Pas.
Beliau bersama Ahmad Razif dan Idris Jusuh boleh dilantik sebagai penasihat negeri supaya rakyat melihat betapa UMNO mempunyai solidariti yang tiada pada Pas.
Rakyat sedang menunggu apa tindakan Ahmad Said.
No comments