Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Mat Said Nak Menang Dirinya Sahaja

Janji dia menang dan bukan pasukan yang berjaya tubuh kerajaan.  UMNO Terengganu dalam dilema. Hari mengundi semakin hampir tetapi UMNO belu...


Janji dia menang dan bukan pasukan yang berjaya tubuh kerajaan. 

UMNO Terengganu dalam dilema. Hari mengundi semakin hampir tetapi UMNO belum bersepakat, siapa akan  dinamakan sebagai Menteri Besar sekiranya UMNO menang?

Mat Said tidak mungkin mencalonkan dirinya bagi kali kedua tambahan pula beliau adalah bekas Menteri Besar dan pernah diganti. Razif juga pernah menjadi MB dan prestasi kepimpinannya tidak menyerlah menyebabkan UMNO kalah teruk pada PRU14.

Mat Said mungkin boleh mengagak siapa bakal menjadi MB dan diperkenan oleh istana tetapi kerana sikapnya yang tamak dan gila kuasa, beliau tidak berjiwa besar untuk namakan sesiapa sebagai MB sebaliknya dilihat seperti mencari jalan supaya yang pentingnya beliau sahaja yang menang dan musuh politiknya kalah pada PRN Terengganu ini.

Mat Said tahu bahawa dalam pilihanraya kali ini, peluang UMNO menumbangkan Pas adalah cerah dan strategi menamakan Menteri Besar memainkan peranan menambah keyakinan kepada rakyat bahawa UMNO adalah pilihan terbaik yang rakyat Terengganu ada.

Tetapi Mat Said adalah Mat Said, tiada pemimpin UMNO di Terengganu yang boleh nampak cerdik darinya. Jika ada, habis dikerat. Lihat sahaja calon UMNO kali ini.

Masa masih ada, Mat Said perlu umumkan segera kepada rakyat Terengganu calon MB yang mampu membawa kemakmuran kepada rakyat dan negeri. Ramai pelabur dalam dan luar negara yang ingin datang ke Terengganu, mereka menunggu siapa yang akan memimpin negeri ini. Dan sudah pastinya mereka menunggu calon dari UMNO.

No comments

Ads Place