Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Tuduhan Politik Wang Di UMNO Bahagian Subang: Lokman Adam Hanya Bersandarkan SD?

Subang: Pemilihan kepimpinan UMNO di pelbagai peringkat bagi penggal 2023-2026 telah selesai dan ianya berlaku serentak di seluruh negara.  ...


Subang: Pemilihan kepimpinan UMNO di pelbagai peringkat bagi penggal 2023-2026 telah selesai dan ianya berlaku serentak di seluruh negara. 

Peratusan bahagian UMNO yang terpaksa dibuat semula amatlah kecil dan sebabnya kerana berlakunya sedikit kekecohan akibat tidak berpuashati dengan tatacara yang dijalankan di bahagian tersebut.

Anehnya, Lokman Adam tiba-tiba melalui satu rakaman videonya seperti “rumah siap pahat berbunyi”. Lokman didapati menyerang UMNO Subang seolah-olah berlakunya amalan politik wang semasa pemilihan jawatan Ketua Bahagian.

Di dalam video tersebut, Lokman tanpa berselindung menuduh YB Senator Dato Dr Armand Azha yang memenangi jawatan tersebut telah melakukan amalan rasuah politik wang bagi mempertahankan jawatan Ketua Bahagian yang disandangnya.

Menurut Lokman, ada tiga saksi yang menerima jumlah wang berbeza telah membuat akuan bersumpah bahawa mereka menerima wang dari Armand. Ada yang mendapat RM500, RM1000 dan RM2000. Melihat kepada video yang disebarkan itu, Lokman meluahkan perasaan tidak puas hatinya terhadap Lembaga Disiplin UMNO kerana tidak bertindak terhadap Armand sehinggakan kononnya berlaku lagi “kesalahan” yang sama di pemilihan peringkat bahagian pula.


Lokman juga berani membuat pertuduhan terhadap Ketua UMNO Bahagian Subang hanya kerana ada tiga saksi yang membuat pengakuan bersumpah(SD). “Saksi” yang membuat SD tidak akan lari menurut Lokman.

Agak pelik juga tiba-tiba Lokman dilihat menyerang Armand setelah lebih daripada masa yang ditetapkan oleh Lembaga Disiplin untuk membuat sebarang aduan.

Hujah yang diguna pakai oleh Lokman juga terlalu lemah jika beliau hanya berpandukan kepada akuan bersumpah kerana surat akuan ini bukan suatu yang baharu di dalam mengikat akujanji atau sumpah kebenaran yang boleh dianggap sebagai bukti yang kuat. 

Banyak kes terdahulu yang mana surat akuan bersumpah dibuat seperti tiada nilai. Dalam kes 10 orang ahli parlimen UMNO-BN yang bertindak menyokong Perikatan Nasional sebaik sahaja keputusan PRU15 tidak membawa apa-apa kesan kepada SD yang mereka tandatangani sebelum PRU15 untuk setia bersama UMNO dan Presiden. Kenapa Lokman tidak menggesa Lembaga Disiplin UMNO supaya bertindak terhadap kesemua pembelot tersebut?

Begitu juga di dalam kes akuan bersumpah suami Nika Gee, Dato Stanley Clement Augustin yang menyebut dan mengaku dengan jelas bahawa Muhyiddin dan Nika Gee mempunyai hubungan sulit bahkan hampir setiap dua minggu mereka berdua bertemu di luar negara. Lokman juga membisu dan tidak berani membawa isu ini. Sehingga kini SD tersebut tidak diketahui di mana pengakhirannya.

Berpolitik dengan acuan seperti memilih isu tertentu untuk meraih populariti adalah tidak betul. Adakah kerana Lokman kalah bertanding sebagai Ketua Bahagian atau Lokman cuba mengambil hati Presiden UMNO di dalam isu ini?

Mengenali Lokman, beliau terkenal dengan seni politik ludah dan jilat balik. Zahid pernah menjadi mangsa serangan membabi buta Lokman yang berakhir dengan pemecatannya sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi di penggal lepas malah turut digantung keahlian selama dua penggal.

Beliau “diampunkan” kerana nampak seperti sudah insaf dan mempertahankan institusi presiden parti. Kini apakah muslihat yang cuba dimainkan oleh Lokman? Adakah kerana berkaitan dengan pertandingan Armand menang melawan kumpulan adik Zahid? Maka keluarlah isu kononnya wujud politik wang?

Kenapa ada jumlah wang berbeza sedangkan nilai setiap perwakilan adalah sama sahaja ketika kiraan undi dilakukan. Dengan kata lain, nilai setiap undi perwakilan samada beliau ketua cawangan atau tidak tetap sama iaitu satu undi.

Adakah Lokman Adam sedang mengejar jawatan di dalam pejabat TPM atau pengerusi GLC atau lembaga pengarah mana-mana agensi?

Politik cara busuk boleh merosakkan seluruh organisasi. UMNO perlu cari jalan mendekatkan pengundi kepada parti dan bukannya menjadi barua mengambil upah menyerang sesama sendiri.

Sepatutnya datangkanlah bukti rakaman video kerana itu lebih menyakinkan. Jika SD sebagai sandaran bukti, bagaimana jika ada ahli yang buat SD dengan memasukkan sumpah palsu dan menuduh presiden atau kepimpinan parti secara sembrono?

No comments

Ads Place