Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Ketua Pemuda UMNO Malaysia: Akmal menggunakan faktor umur tidak kena pada masanya

MELAKA: Kempen terdesak, itulah pandangan pengalisa politik negara terhadap calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Dr Akmal Saleh dari Merlima...


MELAKA: Kempen terdesak, itulah pandangan pengalisa politik negara terhadap calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Dr Akmal Saleh dari Merlimau Melaka.

Kenapa baru sekarang timbul idea supaya Ketua Pemuda UMNO Malaysia berumur 40 tahun dan ke bawah? Kenapa tidak ajukan idea ini ketika beliau di dalam jawatan exco pergerakan tersebut di bawah Dato Asyraf Wajdi yang ketika itu adalah ketuanya?

Adakah kerana kesemua pesaing Akmal telah melepasi umur 40 tahun maka Akmal berpendapat “menyerang” pesaingnya dengan menggunakan faktor umur merupakan kelebihan kepadanya?

Semua sedia maklum bahawa Akmal di awalnya telah membuat kenyataan tidak akan bertanding di jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan hanya akan menumpukan kepada pemilihan jawatan Ketua UMNO Bahagian sahaja.

Menurut sumber, Akmal menukar keputusan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia apabila mendengar pesaing yang lebih berkaliber dikatakan dipanggil oleh Tribunal Lembaga Disiplin UMNO Malaysia. Mungkin teruja tanpa berfikir panjang beliau bergegas dari Melaka terus ke ibu pejabat UMNO Malaysia untuk mendaftarkan diri.

Beliau juga dikatakan bertindak menukar strategi ini kerana arahan dari “seseorang” dan bukannya dari kehendak peribadinya sendiri.

Sayap Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia adalah sayap yang penting untuk menarik kembali keyakinan golongan muda kepada UMNO dan pemimpin nombor satunya adalah mesti yang mempunyai misi dan visi yang jelas dan bukannya sekadar proksi sesebuah kumpulan atau individu tertentu.

Ketika di dalam exco pemuda tidak mampu memberi idea menarik minat orang muda, bagaimana pula jika menjadi ketuanya kelak?

Jagalah DUN Merlimau dan Melaka terlebih dahulu, terlalu banyak kelompangan ketika PRU15 yang lalu, pengundi dengan mudah menukar arah. 

No comments

Ads Place