Subang: Satu isyarat yang baik untuk YB Dato Dr Armand Azha apabila beliau dikatakan menerima sokongan majoriti Ketua Pemuda UMNO Bahagian d...
Subang: Satu isyarat yang baik untuk YB Dato Dr Armand Azha apabila beliau dikatakan menerima sokongan majoriti Ketua Pemuda UMNO Bahagian dari seluruh negara apabila menawarkan diri sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Armand Azha merupakan Ahli Dewan Negara merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia dan juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Subang menyatakan hasrat untuk mengisi kekosongan jawatan Ketua Pemuda Malaysia setelah penyandangnya Dato Asyraf Wajdi membuat kenyataan tidak akan mempertahankan jawatan tersebut pada penggal ini.
“Insya allah bila kita amalkan politik matang dengan tidak menyerang peribadi lawan kita maka orang akan menilai kita” kata Armand.
“Berperang sesama sendiri demi mengejar jawatan bukan cara saya. Selama saya di dalam parti UMNO, saya naik dengan pertandingan yang bersih dengan mengamalkan politik dinamik. Kita perlu perjelaskan misi, visi dan apa kita nak buat terhadap UMNO. Biar ahli menilai halatuju kita dan bukannya ahli memilih kita kerana kita hebat menyerang sesama sendiri” tegas Armand lagi.
Menurut Armand, beliau tidak akan berhenti mempromosi atau berkempen walaupun tanda sokongan yang begitu baik diperolehi.
“UMNO masih mempunyai perjuangan yang panjang. Anak muda perlu diberi perhatian. Pemimpin pelapis perlu dicari segera dan menjadi sebahagian dari tanggungjawab saya melahirkan seramai mungkin ikon anak muda UMNO bagi menghadapi PRU akan datang” jelas Armand.
No comments