Memilih Ketua atau pemimpin perlu dibuat dengan penilaian yang teliti. PRU16 menentukan hidup mati UMNO dan BN. Kiranya kita silap pilih mak...
Memilih Ketua atau pemimpin perlu dibuat dengan penilaian yang teliti. PRU16 menentukan hidup mati UMNO dan BN. Kiranya kita silap pilih maka natijahnya parti akan musnah.
Lihat pada latarbelakang di dalam menyusur akar kepimpinan.
Dari mana datangnya beliau?
Dari kilang pemuda?
Kalau dari kilang pemuda, apakah beliau bermula dari bawah atau terus melompat ke barisan kepimpinan?
Pernahkah beliau merasai denyut nadi akar umbi pemuda atau sekadar menjadi penghias barisan utama kepimpinan pemuda dan menumpang glamor tanpa bakti yang sepatutnya dan hanya berharapkan ketua sahaja yang berkhidmat untuk rakyat?
Ketika memegang jawatan sekarang, tidak kira apa jawatan sekali pun, apa yang dilakukan untuk kawasan, peringkat negeri dan nasional.
Menawarkan diri untuk bertanding adalah mudah, ambil borang dan isi tetapi misi dan visinya perlu dilihat malah paling penting adalah konsistensi perjuangan selama berada di dalam parti adalah amat mustahak.
Boleh bekerja dengan siapa sahaja atas nama parti dengan meletakkan kepentingan UMNO di hadapan dan bukannya berpaksikan kelompok tertentu. Sifat dan sikap mesra kepimpinan utama adalah keutamaan.
“Not that I loved Caesar less, but that I love Rome more”
No comments