Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Lawatan Rasmi: Anwar Boleh Berjimat Tanpa Jet Kerajaan

Kalau nak berjimat dan popular dengan PM paling jimat duit rakyat maka Anwar tidak perlu menggunakan jet mewah kerajaan apabila membuat lawa...


Kalau nak berjimat dan popular dengan PM paling jimat duit rakyat maka Anwar tidak perlu menggunakan jet mewah kerajaan apabila membuat lawatan rasmi ke Indonesia.

Lawatan yang singkat boleh diaturkan dan tidak perlu menggunakan pesawat kerajaan kerana Jakarta bukanlah jarak yang jauh. Tidak perlu membawa delegasi yang berpuluh orang jumlahnya hanya untuk lawatan bertemu dengan Jokowi sahaja.

Tugas PM hanya bertemu dan berbincang dan seterusnya boleh diserahkan kepada pegawai yang terlibat termasuk kerjasama MoU dan sebagainya. 


Tradisi PM melawat negara luar untuk menarik pelabur dengan ada agenda MoU sepatutnya perlu dihentikan segera. Rakyat ingin melihat hasil dan bukannya gambar kenangan sesi tandatangan majlis MoU yang tidak berkesudahan.

Dari zaman Muhyiddin jadi PM dan disambung pula zaman Ismail Sabri menjadi PM, semuanya MoU. Mana satu yang sudah berjalan? Adakah itu majlis ‘renew MoU’?.

Malaysia ada pejabat konsulat di sana. Pemangku Duta Besar masih menjalankan tugas maka untuk penjimatan, selepas bersua muka dengan Jokowi maka Anwar dan isteri sudah boleh pulang ke Malaysia. Biarlah staf Malaysia yang di sana menguruskan proses seterusnya.

Perjalanan PM, menteri dan sebagainya sepatutnya tidak perlu mengambil masa yang lama kerana sekadar ‘salam perkenalan’. Apa yang penting adalah merealisasikan perancangan pelabur masuk ke negara atau Malaysia mendapat manfaat melabur di sana.

PM pembuka jalan sahaja dan bukannya pergi berjalan. Tamatkanlah acara pembaziran duit rakyat ini. Berapa juta ringgit duit rakyat dihabiskan untuk tempoh dua hari dengan acara yang tidak seberapa.

Cuba naik pesawat komersial, tidak hilang bisa ular menyusur akar. Wawenangnya adalah PM.

No comments

Ads Place