Ketua Pemuda UMNO Malaysia bukan satu jawatan untuk menjadikan diri populis dan jalan mudah untuk meraih keuntungan peribadi melalui politik...
Ketua Pemuda UMNO Malaysia bukan satu jawatan untuk menjadikan diri populis dan jalan mudah untuk meraih keuntungan peribadi melalui politik.
Ketua Pemuda UMNO Malaysia bukan ada kebergantungan diri kepada Presiden parti tetapi perlu selari dengan pendirian presiden dan parti.
Ketua sayap ini perlu kreatif dan cepat bertindak balas terutama apabila melibatkan undang-undang negara yang cuba dilanggari. Malah apabila kedaulatan dan kesucian agama Islam cuba dilakukan oleh siapa sahaja maka Pemuda UMNO yang sepatutnya ke depan untuk menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat dan agama rasmi persekutuannya adalah Islam.
Ketua Pemuda UMNO Malaysia bukan jenis yang menunggu arahan tetapi meminta izin atau sembah maklum untuk bertindak selagi ianya di dalam ruang lingkup peradaban dunia.
Alasan kewangan dan masa diperlukan untuk mobilisasi pergerakan pemuda Melayu dan bumiputra tidak boleh diterima. Ketua Pemuda UMNO Malaysia perlu mempunyai ‘power of command’, mampu memberi arahan kepada seluruh jentera di seluruh negara dalam masa yang singkat untuk bertindak dan ‘chain reaction’ akan terbentuk sehingga ke akar umbi.
Ayat “kita tiada dana untuk melakukan mobilisasi” adalah alasan untuk lepaskan diri. Pemikiran dan tindakan kreatif mampu untuk selesaikan semua perkara apabila semua pihak berada di “on-off line” yang sama. Kenapa pemimpin pemuda dari akar umbi boleh memberi respon yang pantas apabila arahan digerakkan? Kerana Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu boleh membaca denyut nadi setiap ketua pemuda di akar umbi.
Contoh paling mudah adalah himpunan membantah tindakan ahli politik anti-imigran Denmark-Sweden, Rasmus Paludan membakar Al-Quran di hadapan kedutaan Turkiye di Sweden beberapa hari yang lalu mencetus amarah besar umat Islam Malaysia tetapi malangnya Ketua Pemuda UMNO tidak pandai mengambil peluang untuk menampakkan UMNO sebagai sebuah parti yang mendaulatkan Islam. Adakah kerana Asyraf dan naib ketua pemuda merasakan mereka tidak berpeluang menjadi wakil rakyat lagi di penggal hadapan maka fokus mereka tidak lagi untuk keutamaan UMNO?
Malunya UMNO tidak mendepani isu tersebut.
Menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia demi mendapat laluan mudah menjadi calon BN adalah pemikiran yang salah.
Benteng utama UMNO adalah sayap PEMUDA itu sendiri. Bagaimana rakyat menilai UMNO sekiranya ‘frontliners’ UMNO sendiri tidak mampu memberi gambaran positif untuk meyakinkan rakyat?
Kekuatan menyusun, menggerakkan dan meletakkan seseorang pada tempatnya adalah kelebihan utama seorang Ketua Pemuda.
Dan ini ada pada YB Senator Dato Dr Armand Azha dalam menelusuri perjalanannya sebagai pemimpin politik. Naik tidak memburukkan sesiapa dan bila mempunyai jawatan, beliau mahir bagaimana untuk menyusun gerak kerja yang pantas.
Kalau setakat perhimpunan orang Melayu demi agama, bangsa dan tanah air di hadapan kedutaan, YB Armand sudah masak melalui ini semua.
Siapa tak kenal Armand, sebut sahaja demostrasi depan kedutaan maka dialah yang memberi ‘command’. Hinggakan insiden kurang ajar menurunkan bendera UMNO di dalam kawasan UMNO sendiri, PWTC, Armand juga berada di saf hadapan menyelesaikan isu yang memalukan UMNO dan ketika itu beliau hanyalah Exco Pemuda UMNO Malaysia.
Bijak bertindak, kurang impak negatif kepada UMNO, itulah cara Armand menyusun akar umbi.
Penceramah muda yang sentiasa segar dengan idea penyatuan umat Melayu dan bumiputra. Itulah cara beliau bangkitkan rasa sayang dan kasihnya kepada bangsa sendiri.
Kalau nak kenal pemimpin politik yang digarap dari akar umbi, “from street to senate” maka YB Armand adalah individu tersebut. Sudah teruji dan lulus.
No comments