Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Ketua Pemuda UMNO Malaysia Perlu Muka Baharu, Armand Azha layak

Apabila Asyraf Wajdi mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya dan ini bermakna pada pemilihan UMNO kali ini jawatan Ketua Pemuda Mal...


Apabila Asyraf Wajdi mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya dan ini bermakna pada pemilihan UMNO kali ini jawatan Ketua Pemuda Malaysia akan berlaku kekosongan.

Sehingga berita ini ditulis, hanya YB Dato Dr Armand Azha Hj Abu Hanifah, 48, sahaja yang menyatakan hasrat ingin bertanding di jawatan tersebut.


Selain sebagai seorang Senator yang baharu dilantik, Armand adalah Ketua UMNO Bahagian Subang dan beliau juga dilantik sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Armand sudah tidak asing lagi bagi kalangan orang muda di dalam UMNO kerana beliau adalah bekas Exco Pergerakan Pemuda Malaysia di zaman KJ sebagai Ketua Pemuda.


Armand terkenal di dalam program kemanusiaan di dalam negara terutama apabila melibatkan pengurusan bantuan mangsa banjir ke seluruh negara dan juga pernah menyertai misi kemanusiaan ke Palestin bersama Azeez Rahim.


Sebagai pemimpin yang lahir dari kilang pemuda UMNO, pengalaman politik beliau mengcakupi domestik dan antarabangsa. Beliau baharu saja menghadiri sidang parlimentri di Bangkok mewakili Dewan Negara dan diberikan penghormatan untuk menyampaikan ucapan halatuju Asean di forum tersebut.

Di Dewan Negara Malaysia, Armand juga sentiasa mengenengahkan isu-isu kepentingan rakyat agar diberi perhatian serius oleh kerajaan.


Beliau juga banyak terlibat secara langsung dengan E-Sport dan aktiviti berbasikal dengan pelbagai golongan. Pernah membuat kayuhan sempena pilihanraya kecil termasuk pilihanraya negeri Melaka. Kayuhan dari ibupejabat UMNO di WTC hingga ke Masjid Tanah Melaka.


Sebagai orang muda di dalam saf kepemimpinan utama UMNO, beliau menyusuri jawatan dengan langkah bertertib dan sentiasa mendapat sokongan dari akar umbi pelbagai peringkat umur.

Kelayakan dan pengalaman beliau di dalam dunia politik meletakkan beliau sebagai calon paling layak untuk berada di jawatan Ketua Pemuda Malaysia.

UMNO perlu barisan kepimpinan yang dinamik bagi menghadapi pilihanraya umum ke16 dan paling terdekat adalah pilihanraya Dun bagi beberapa negeri.

No comments

Ads Place