Melaka: Demokrasi subur di dalam UMNO. Samada diberi peluang bertanding atau tidak kerana alasan yang tidak merosakkan jemaah maka itulah de...
Melaka: Demokrasi subur di dalam UMNO. Samada diberi peluang bertanding atau tidak kerana alasan yang tidak merosakkan jemaah maka itulah demokrasi.
Memberi kuasa mutlak kepada ketua atau presiden untuk bertindak di dalam ruang lingkuo kuasanya selagi tidak memudaratkan jemaah juga amalan demokrasi.
Memaksa, menghasut dan mengadu domba dengan pemikiran jumud bahawa sesebuah pertubuhan yang tidak membenarkan pertandingan jawatan adalah tidak atau menghalang proses demokrasi adalah salah dan itulah sebenarnya amalan yang merosak sistem demokrasi.
Pemilihan di dalam UMNO masih berlaku untuk jawatan dari Naib dan ke bawah termasuk jawatan Ketua Pemuda Malaysia. Jawatan ini tidak dipertahankan oleh penyandangnya Datuk Asyraf Wajdi.
YB Senator Dato Dr Armand Azha yang juga merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi dan Ketua Bahagian UMNO Subang adalah pemimpin akar umbi pertama yang menawarkan diri ke jawatan tersebut.
Armand menelusuri jawatan kepimpinan melalui fasa yang tersusun sesuai dengan keperluan seorang pemimpin yang dibentuk untuk menguatkan parti.
Bermula dengan kepimpinan utama di NGO Perkasa, menyertai sayap pemuda bahagian, memimpin bahagian, berada di saf utama UMNO pusat dengan menjadi anggota majlis mesyuarat kerja tertinggi dan dilantik sebagai senator yang mampu mewakili negara ke peringkat antarabangsa bagi menyertai forum dan persidangan yang melibatkan kepentingan serantau.
Pemimpin hanya ada dua kategori, pemimpin yang dilahirkan dan pemimpin yang dibentuk. Cabaran masa depan UMNO memerlukan pemimpin yang berpengalaman, berani dan mampu meyakinkan pengundi dari pelbagai segmen sesuai dengan jawatan yang dipegangnya.
Ketua Pemuda perlukan pemimpin yang dinamik, berwawasan jauh untuk golongan muda dan sebagai medium penyatuan antara kepimpinan tertinggi parti.
UMNO tidak mampu lagi mempunyai Ketua Pemuda yang lemah dan lembik. Zaman ini zaman fitnah dan lajunya arus fitnah bagaikan anak panah terlepas dari busurnya. Maka Ketua Pemuda perlu pemimpin yang boleh menelah beberapa langkah ke hadapan apa yang musuh akan lakukan terhadap UMNO.
Pengalaman memimpin dari bawah, mengikuti rapat gelombang Gen-Alpha Beta adalah kelebihan Armand. Bukan sahaja masanya dihabiskan di dalam alam maya, beliau turun sendiri ke medan rakyat termasuk menyertai misi bantuan khas tatkala negara dilanda musibah.
Apabila musibah banjir berlaku di seluruh negara, anda akan dengar “Armand dah tahu? Armand bila nak mari hantar bantuan? Armand itu, Armand ini..” kenapa soalan sedemikian berlontaran? Jawapannya kerana Armand secara konsisten meletakkan dirinya dekat dengan rakyat.
No comments