Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Islamophobia, PAS tidak perlu berselindung di sebalik demostrasi - Armand Azha

PUTRAJAYA: Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ahli Dewan Negara, Dato Dr Armand Azha hari ini menyelar sikap pemimpin utama PAS apabila be...


PUTRAJAYA: Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ahli Dewan Negara, Dato Dr Armand Azha hari ini menyelar sikap pemimpin utama PAS apabila berdepan dengan isu yang mereka sendiri ciptakan. 

PAS cukup pandai mengambil kesempatan bagi mengalihkan isu yang sedang dihadapi oleh parti mereka.

Bukan yang baharu sesuatu ‘tafsiran sesat’ yang dibuat dengan segera oleh pemimpin PAS apabila mereka telah silap langkah. Mengubah tafsiran quran dan hadis demi mengalihkan perhatian umat Islam di negara ini adalah kemahiran mereka dan yang menjadi mangsa adalah anak-anak muda yang baru nak bertatih memahami dan menjiwai Islam.

Kini PAS terjerat dengan hadis dan firman palsu yang dimainkan oleh Presiden mereka sendiri, Hadi Awang berkenaan dengan tafsiran jenayah rasuah.

Hadi Awang perlu dipanggil oleh Jabatan Agama untuk disiasat, jangankah kerana beliau mewakili parti politik maka segala tingkahnya boleh dianggap ‘halal’ , isu rasuah jangan cuba guna ayat quran untuk selamatkan diri tegas Dato Armand lagi.

Tambah Dato Armand, di dalam Islam, rasuah tetap perbuatan jenayah selagi mempunyai niat untuk kepentingang diri dan kelompok. Nabi saw sendiri tidak pernah merasuah atau meminta beberapa kelompok kaum Ansar memberi sedekah kepada kaum Mekah atau Muhajirin ketika peristiwa penghijrahan agung tersebut.

Kita umat Islam sepatutnya menjadi contoh supaya orang kafir menyanyangi dan suka pada Islam. Islam adalah akhlak dan Nabi saw sendiri minta sebarkan kebaikan melalui perbuatan dan percakapan kita, bukan membuat kenyataan yang boleh timbulkan kekeliruan sepanjang masa. Apabila tidak kena dengan selera tekak kita maka terus membuat tafsiran dengan menjual nama ulama muktabar kononnya tafsiran mereka begitu dan begini, tegas Dato Armand lagi.

Orang muda perlu ingat, orang Islam perlu ingat bahawa Islam itu indah, Islam itu pendamai dan Islam itu adalah penyatuan dan jangan mudah terkeliru dengan mainan parti politik yang menunggang agama demi kepentingan mereka jelas Dato Armand.

Itulah sebabnya himpunan minggu lepas yang dianjurkan oleh Pemuda PAS Malaysia di hadapan kedutaan Sweden KL tidak mendapat sambutan. Demostrasi untuk menutup salahlaku sendiri tidak akan menarik rahmat Allah.

Insya allah saya akan membawa memorandum ke pejabat kedutaan mereka bagi menggesa kerajaan Sweden agar lebih sensitif dengan persekitaran kefahaman agama. Kita umat terbaik dan kita kena tunjukkan teladan yang terbaik kata Dato Armand.

YB Armand telah menawarkan diri bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia bagi penggal hadapan bagi membawa iltizam besar kepada golongan muda agar tidak menjadi mangsa kepada golongan yang menjual agama bagi kepentingan peribadi.

Amat bahaya pendekatan Islam yang dianjurkan oleh PAS.



No comments

Ads Place