SUBANG JAYA: Ahli Dewan Negara yang juga Ahli Majlis Kerja Teringgi UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Subang, YB Dato Dr Armand Azha berjanji sek...
SUBANG JAYA: Ahli Dewan Negara yang juga Ahli Majlis Kerja Teringgi UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Subang, YB Dato Dr Armand Azha berjanji sekiranya beliau dipilih menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia maka perkara pokok yang akan menjadi titik fokus beliau adalah dengan program menjurus ke arah “Hebatkan UMNO, Hebatkan Pemuda”.
Baginya UMNO tidak boleh berlengah lagi dalam mengembalikan sokongan rakyat. Keyakinan rakyat perlu diberi perhatian kerana UMNO adalah parti yang terbesar dan berlandaskan menjaga kepentingan bangsa Melayu, Islam dan Bumiputra.
UMNO ada rekod sebagai bukti ‘penjaga’ kepada bangsa Melayu, Islam dan Bumiputra dan rekod ini bukan satu perjalanan yang singkat dan retorik.
Penubuhan sayap seperti sayap wanita, pemuda dan puteri adalah cabang perjuangan terarah supaya UMNO sentiasa ada titik fokus dan setiap ketua sayap yang dipertanggungjawabkan dapat menunaikan tanggungjawab masing-masing yang mana di akhirnya, rakyat sentiasa selesa dan yakin dengan UMNO.
“Di dalam politik, saya dilahirkan dari kilang pemuda, menelusuri perancangan yang bersistematik dari akar umbi hingga kepada peringkat kepimpinan maka saya tahu denyut nadi pemuda” kata Dato Armand.
“Pengalaman di dalam Pemuda membuatkan saya berani menawarkan diri untuk jawatan Ketua Pemuda Malaysia” tegasnya lagi.
“Ahli parti boleh melihat prestasi kesetiaan saya kepada UMNO dan pemimpin” tambah Dato Armand.
UMNO perlu kembali hebat di dalam masa yang singkat dan sayap pemuda adalah cabang terpenting bagi menarik sokongan anak muda yang baru pertama kali mengundi dan yang sudah mengundi.
Menurut Dato Armand lagi, beliau akan memberi tumpuan kepada pengukuhan, kesetiaan dan jalinan hubungan baik antara akar umbi orang muda dengan pucuk pimpinan utama parti.
Dato Armand juga akan memastikan sistem rantaian maklumat yang komprehensif, cepat dan betul dari pemimpin utama parti kepada akar umbi supaya setiap isu difahami oleh ahli parti terutama sayap pemuda.
“Banyak terjadi salah faham berkaitan isu yang ditimbulkan samada isu dalaman atau luaran parti, bila kita lambat salurkan maklumat maka boleh menimbulkan ketengangan sesama ahli” kata Dato Armand.
“Insya allah saya akan lancarkan manifesto lengkap sekiranya saya dipilih menjadi Ketua Pemuda Malaysia”
No comments