The untold story part l Sebelum kerajaan tebuk atap terbentuk, Mahathir sepatutnya menyerahkan kuasa kepada Anwar seperti yang dijanjikan. ...
The untold story part l
Sebelum kerajaan tebuk atap terbentuk, Mahathir sepatutnya menyerahkan kuasa kepada Anwar seperti yang dijanjikan.
‘Verbal Agreement’ antara Mahathir dan Anwar bukan satu rahsia besar parti Pakatan Harapan selepas mereka menang PRU14. Perjanjian tanpa dokumen ini sah tetapi Muhyiddin lebih cerdik dan cepat membuat tawaran, akhirnya Anwar sekali lagi menjadi PM Tepi.
Inilah titik mula Zahid berdendam dengan beberapa pemimpin UMNO. Ramai yang tidak tahu, sebab ketika itu masing-masing menjaga aib Zahid sebagai Presiden UMNO.
Cantumkan cerita Anwar, berulang kali sebut dia mempunyai jumlah bilangan mencukupi tetapi tidak muncul ke istana dan sebaliknya Muhyiddin yang tiba membawa senarai ahli parlimen yang menyokong beliau jadi PM8.
Ketika itu Azmin Ali tiba-tiba menunjukkan beliau tidak menyokong Anwar. Zuraidah juga menolak Anwar dan beberapa pemimpin PKR mrngeluarkan kenyataan tidak bersetuju Anwar ganti Mahathir.
Dari pihak UMNO pula timbul cerita ‘jajaran baharu’ Zahid dan Anwar tetapi Zahid nafikan sekerasnya. Terbongkar rakaman audio Zahid-Anwar tetapi Zahid tetap menafikannya.
Akhirnya kempen “No Dap, No Anwar” mula dilakukan dan kempen ini bukannya dari Zahid tetapi dari akar umbi UMNO yang digerakkan oleh beberapa pemimpin UMNO.
Langkah ini menambah dendam Zahid kepada beberapa pemimpin UMNO dan akhirnya ahli UMNO boleh melihat tindakan Zahid ketika PRU15.
Kegagalan rancangan untuk jadikan Anwar sebagai PM8, gagal meletakkan dirinya sebagai Timbalan PM dan sekali gus gagal membawa UMNO kepada Pakatan Harapan. Ini sebenarnya permulaan Langkah Dendam Zahid-Anwar.
Siapa pemimpin UMNO yang Zahid begitu dendam?
No comments