"Tetapi saya nak nasihat juga rakan-rakan saya yang lain, yang bercakap soal bersih dan hari-hari, saban hari menyerang beberapa tokoh ...
"Tetapi saya nak nasihat juga rakan-rakan saya yang lain, yang bercakap soal bersih dan hari-hari, saban hari menyerang beberapa tokoh dalam kerajaan perpaduan.
"Apatah lagi orang-orang yang pernah menjadi menteri kewangan, perdana menteri yang tatkala mereka berkuasa itu bukan dipungahnya ratusan juta ringgit, bilion ringgit dipunggah” kata Anwar ketika memberi amanat khas pada majlis munajat ambang tahun baru 2023 di Masjid Putra di Putrajaya minggu lepas seperti yang didakwa oleh portal FMT.
Apa maksud Anwar yang sebenarnya dan kepada siapa beliau tujukan?
Mengikut portal Malaysiakini versi bahasa Malaysia, nampak Anwar tujukan kepada Mahathir tetapi dalam versi bahasa inggeris, penulis menyatakan “shark jailed..” yang boleh ditafsirkan kata-kata Anwar ini ditujukan kepada Najib.
Anwar harus berhati-hati menyusun kenyataan kerana sejak menjadi Perdana Menteri, Anwar kerap ‘u-turn’ termasuk isu cenderahati kepada menteri/timbalan dan juga kepada dirinya.
Bermain dengan bahasa yang lama tidak membawa apa-apa makna, zaman internet perlu ayat yang tidak berkias.
Kes Najib sudah memasuki fasa yang agak kompleks sehinggakan terpaksa meminta bantuan PBB apabila tidak nampak jalan diberi keadilan yang sewajarnya.
Isu Hakim dan peguam negara yang banyak menimbulkan keraguan tidak mendapat perhatian dari Anwar yang tak lekang di bibirnya bercakap soal keadilan
No comments