Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

TERNYATA ISMAIL SABRI PERDANA MENTERI YANG TEGAS DALAM SOAL INTEGRITI DAN MENDOKONG PEMISAHAN KUASA INSTITUSI KEHAKIMAN.

Waktu bertenang dan berehat sudah habis. Kabinet kerajaan Perpaduan Anwar telah dibentuk. Kerajaan baru harus menumpukan segala usaha memast...


Waktu bertenang dan berehat sudah habis. Kabinet kerajaan Perpaduan Anwar telah dibentuk. Kerajaan baru harus menumpukan segala usaha memastikan negara tidak terkesan dan akhirnya rakyat tidak akan menjadi tikus makmal yg akan mati dalam usaha membina dasar baru kerajaan yg nampaknya suram dan berisiko.

Kenapa ianya berisiko? Kerana kabinet yg ditubuhkan tidak menterjemahkan apa2 yang baik selain menggambarkan tahap keterdesakan seorang Individu bernama Anwar hanya untuk menjadi Perdana Menteri.

Anwar bercakap soal keyakinan pelabur dan negara-negara luar kepada Malaysia setelah beliau mengambil-alih kerajaan tetapi apakah dengan tunduk kepada tuntutan individu tertentu untuk berada dalam kabinet beliau dan merupakan individu terpalit dengan kes rasuah dan penggubalan wang haram yang telah pasti ada primapasinya setelah mahkamah mengarahkan untuk membela diri?

Berbeza dengan PM sebelum ini Ismail Sabri. Walau Zahid merupakan presiden parti beliau sendiri tetapi atas dasar menghormati asas integriti maka Zahid tidak dilantik untuk apa-apa jawatan Menteri waima Lembaga Pengarah GLC walau terpaksa berdepan ahli parti yang menyerang beliau. 

Ini kerana sebuah kerajaan tidak boleh meyakinkan pelabur dil uar apabila dengan jelas ahli kabinetnya sedang berdepan dengan puluhan kes rasuah yang masih aktif d mahkamah. Jangan kita berselindung disebalik prinsip "Tidak bersalah sehingga didapati bersalah" yang sebenarnya untuk menghalalkan sesuatu yang kita inginkan.

Ini jelas menunjukkan  bahawa keterdesakan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri dan sanggup atau terpaksa tunduk dengan tuntutan atau perjanjian yg telah lama dibincangkan sebelum pru15 lagi. Semua penafian Anwar dan Zahid sebelum ini berkaitan kerjasama kedua-dua parti ini hanya bukti yang tertangguh sehinggalah hari ini semua rakyat mengetahuinya dengan terang dan jelas. Siapa yang berbohong? Anda ada jawapannya.

Apakah pengundi telah ditipu? Ya. Ini merupakan satu bentuk penipuan terbuka yg sedang Anwar dan Zahid halalkan hari ini. Meletakkan beberapa muka DAP dalam kerajaan yang telah dikenali sebagai pelampau chauvanis Ngar Kor Ming dan Hannah Yeoh yang pernah menuntut 999 tahun hak milik tanah kepada kaum cina Perak dan terlibat secara langsung dalam usaha dan gerakan menjadikan agama kristian sebagai agama yang setara dengan Islam bakal mengundang malapetaka besar kepada rakyat dan negara.

Melantik anak-anak ayam yang umur muda sebagai menteri seperti Fahmi Fadhil dan Fahlina Sidek bukan satu reformasi atau penghormatan kepada golongan muda tetapi itu merupakan pemusatan kuasa kepada seorang diktator yang bernama Anwar melalui jawatan Perdana Menteri kerana budak hingusan ini merupakan anak didik yang pasti akan menurut segala kehendak Anwar.

Paling dasyat ialah bagaimana Anwar dan Rafizi menentang kebiasaan yang pernah berlaku dalam kerajaan UMNO/BN bahawa Najib yang merupakan Perdana Menteri ketika itu memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan yang akhirnya membawa kepada satu skandal kewangan besar 1MDB. Kita lihat bagaimana serangan sehingga Rafizi membawa usul persendirian agar satu usul dibincangkan agar Perdana Menteri tidak boleh memegang jawatan menteri di kementerian terutama Kewangan.

Ianya dipraktikkan seketika bila Mahathir menerajui kerajaan PH selepas pru14 dimana Mahathir tidak dibenarkan memegang apa-apa portfolio di kementerian. Tetapi hari ini, kerajaan perpaduan ini nampaknya telah melanggar segala bentuk janji dan prinsip hanya untuk menobatkan seorang manusia yang bernama Anwar yang kemaruk mahu menjadi Perdana Menteri. Itu sahaja. Tidak ada apa yang hebat dan luar biasa.

Sekali lagi rakyat ditipu. Hanya mereka yang bodoh sahaja boleh ditipu sebanyak 2 kali pada lubang yang sama. Undi PH dapat Anwar percuma Zahid dan undi BN dapat Zahid dan Bonus pembelian dapat Anwar.

Tidurlah wahai pengundi. Lenalah wahai rakyat. Bermimpilah esok kamu semua akan menjadi rakyat yang senang dan termewah seperti rakyat Qatar dan Doha.Minyak akan turun esok. Harga barang akan turun menggila. Telur akan bergolek ke dapur anda. Ayam tidak lagi mahal kerana akan terus disembelih dihadapan rumah anda.

Benar akan pepatah “Nasi telah menjadi bubur”. “Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada guna”. Selamat berkhayal untuk berada disebuah negara yang dipimpin seorang bekas banduan dan Timbalan yang bakal lepas dari semua kes rasuah di mahkamah.

Emel pengirim:

ABATA

No comments

Ads Place