Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Zahid Presiden Paling Gagal dan Guna Parti Untuk Selamatkan Diri

Ahli UMNO BN jangan lupa pada sejarah kekalahan Barisan Nasional yang memalukan. Pertama kali BN kalah dan Najib telah meletakkan jawatannya...


Ahli UMNO BN jangan lupa pada sejarah kekalahan Barisan Nasional yang memalukan. Pertama kali BN kalah dan Najib telah meletakkan jawatannya sebagai Presiden sebagai akur akan kegagalan memimpin BN di dalam pilihanraya umum ke-14. Namun Allah swt angkat semula maruah UMNO BN apabila menjadi sebahagian daripada kerajaan campuran pimpinan Muhyiddin setelah kerajaan Pakatan Harapan gagal menguruskan negara.

Rupanya keterlibatan 11 orang ahli parlimen UMNO yang menganggotai kabinet Muhyiddin tidak disenangi oleh Zahid. Maka bermulalah episod pengkhianatan untuk tamatkan kerajaan Muhyiddin dan di era Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri, sekali lagi pentadbiran kerajaan diganggu kerana hasutan jahat sedangkan yang sebenarnya keberadaan 11 orang anggota kabinet dari UMNO BN itu tidak memberi manfaat kepada Presiden UMNO.

Huru-hara dan tidak stabil jadinya dalaman UMNO BN akibat sifat tamak haloba tersebut. Pelbagai kaedah desakan digunakan untuk menekan Ismail Sabri supaya parlimen dibubarkan tanpa mempedulikan kelebihan 11 orang menteri dari UMNO BN di kementerian strategik yang boleh memberi manfaat kepada UMNO BN secara keseluruhan di saat parti tidak mempunyai kecukupan persediaan terutamanya dana  untuk hadapi pilihanraya dan yang paling utama adalah bagaimana keterlibatan 11 menteri ini bersama Ismail Sabri mampu meyakinkan rakyat kembali percaya kepada kebolehan UMNO BN mentadbir negara.

Belum habis di situ, Zahid meneruskan agenda mengkhianati parti dengan membuat kerjasama dengan Pakatan Harapan atas pilihan beliau sendiri dan bukannya keputusan konsensus kepimpinan tertinggi UMNO BN. Pakatan Harapan dapat menjadi kerajaan bukan kerana mereka menang PRU15 tetapi kerana kelicikan Zahid mahukan Anwar menjadi PM dan PH membentuk kerajaan kerana faedah besarnya adalah kesnya dimahkamah boleh ‘diselesaikan’?

Ahli UMNO dan saf kepimpinan utama UMNO BN di seluruh negara, anda masih mahukan seorang Presiden UMNO yang sanggup melacurkan maruah parti keramat ini demi kes rasuah yang sedang dihadapinya?

Emel kiriman:

Ahli UMNO Setia Pekan

No comments

Ads Place