Apakah masih ada sinar dan harapan untuk negara diperintah oleh parti-parti Melayu Islam dan Bumiputera selain tidak menafikan hak rakan ban...
Apakah masih ada sinar dan harapan untuk negara diperintah oleh parti-parti Melayu Islam dan Bumiputera selain tidak menafikan hak rakan bangsa-bangsa lain?
Jawapannya ada. Asalkan bukan DAP yang ada dalam kerajaan sama ada di belakang tabir atau secara nyata. Tolak pimpinan yang mementingkan diri dan tembolok sendiri. Tolak pimpinan yang bersekongkol dengan DAP. Bahaya DAP telah kita lihat dan rasa dalam pemerintahan 22 bulan selepas pru14 lepas.
UMNO tidak boleh terima TSMY kerana keangkuhan dan kesombongan dan ucapan-ucapan yang agak ekstrimis dan tidak rasional. Menganggap UMNO sebagai musuh utama merupakan asbab kenapa beliau tidak akan sesekali diterima oleh pimpinan-pemimpin UMNO dan ahli UMNO walhal penyatuan Melayu perlu berlaku apabila bangsa kita kembali menjadi mangsa kepada agenda perkauman DAP yang mengawal PKR dan BN kini.
Mati hidup semula pun PPBM dan PAS tidak akan menerima Zahid sebagai rakan kerana pengkhianatan yang jelas dalam memastikan kerjasama dalam gelap dengan DAP dan Anwar. PPBM dan PAS dari dulu memberikan syarat kepada UMNO dan BN asal bukan Zahid dan Najib atas prinsip tidak akan sesekali bekerjasama dengan pemimpin yang berdepan kes mahkamah kerana ianya jelas mendokong kepada perlakuan rasuah secara terbuka dan melanggar perinsip mereka.
Untuk menyatukan semua parti-parti ini kembali ialah dengan cara kedua-dua pemimpin Melayu ini harus pergi dan benarkan kepimpinan baru mengambil tempatnya.
Hamzah, Peja dan Takiyuddin perlu membawa PN tanpa Muhyiddin. Tok Mat, Ismail Sabri dan Hishamuddin perlu bawa UMNO tanpa Zahid dengan bantuan MIC dan MCA dalan BN.
SEMUDAH ITU? Ya memang tidak sukar kerana parti-parti seperti GPS dan GRS akan bersama BN untuk kepentingan kestabilan politik negara. Memang tidak sukar kerana ianya hanya melibatkan 2 nama sahaja. Kenapa perlu untuk korbankan parti besar seperti UMNO yang kini menjadi sebuah parti picisan?
Kenapa mahu mengadaikan nasib UMNO hanya kerana seorang yang bernama Zahid. Kenapa PN perlu menjadi pembangkang hanya kerana kesombongan dan keangkuhan Muhyiddin?
Justeru, buka minda demi bangsa dan agama. Jangan sesekali rasa selesa dengan kerajaan yg di dalamnya ada DAP. Mereka telah belajar dari kesilapan dan kerakusan mereka 22 bulan yang membangkitkan penentangan terbuka orang-orang Melayu. Kali ini mereka sanggup berada sedikit di belakang tetapi kita tahu cengkaman kuasa mereka di sebalik tabir pasti akan memberikan tekanan kepada Anwar saban hari.
Kuasa Bumiputera perlu dipertahankan sebelum ianya dirampas dalam diam oleh bangsa DAP. Jangan selesa dengan Kementerian Perumahan atau PBT dipegang oleh DAP. Jangan terlalu selesa dengan Kementerian Belia dipegang oleh DAP. ITU MASA DEPAN ANAK BANGSA KITA DAN SOAL TANAH PENINGGALAN MOYANG KITA.
Jangan selesa dengan Kementerian Pengangkutan yang menjadi penjana terbesar ekonomi dan nadi kepada sistem perhubungan negara bila ianya dipegang oleh DAP. Apa agenda mereka. Jangan terlalu bangga bila Anwar sendiri memegang jawatan Menteri Kewangan dimana sebelum ini menjadi tentangan hebat dari Rafizi dan DAP untuk Perdana Menteri tidak memegang mana-mana portfolio kementerian tetapi hari ini Anwar dan PH sanggup melanggari prinsip sebelum menang mereka atas alasan strategi. Cara mana pula hasil negara mahu dirompak?
Pimpinan dan rakyat ada pilihan. Mahu kekalkan 2 nama yang tidak akan menyatukan parti-parti Melayu Bumiputera ini atau desak mereka berundur dan kita boleh lihat akan kekuatan sebuah kesatuan bangsa yang pasti akan membuahkan hasil kestabilan dan kemakmuran negara kekal untuk 50 tahun kedepan.
Buatlah pilihan. Bangunlah bersuara wahai kepimpinan. Kejutkan rakyat yang sedang lalok dik racun halus mempedaya mata dan fikiran. Asal bukan DAP dan bangsa melayu islam bumiputera harus bangkit!!!
WKIWM
11 Dec 2022
2.44 pm
No comments