Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Zahid Mula Jadi Tamak

Hajat untuk bersama Anwar sudah tercapai dan kini Zahid mula menunjukkan warna sebenar beliau? Kalau sebelum PRU15, Presiden UMNO yang juga ...


Hajat untuk bersama Anwar sudah tercapai dan kini Zahid mula menunjukkan warna sebenar beliau?

Kalau sebelum PRU15, Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN itu dengan berjiwa besar bersetuju supaya Dato Seri Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri sekiranya UMNO BN menang pilihanraya umum baru-baru ini.

Zahid ketika itu dilihat menyedari betapa sukarnya laluan kemenangan Barisan Nasional sekiranya beliau adalah Poster Boy BN kerana kes-kesnya sedang berjalan di mahkamah. 

Kini setelah Pakatan Harapan membentuk kerajaan, angin bertiup kencang mengatakan Zahid bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan membelakangi Muhammad Hassan, Timbalan Presiden UMNO yang kononnya ‘bersih’ rekodnya.

Ahli UMNO di peringkat akar umbi rata-rata tidak bersetuju sekiranya Zahid berada di dalam kerajaan pimpinan PH.

Zahid perlu melihat lebih jauh perjalanan UMNO BN yang semakin goyah di bawah kepimpinannya.

No comments

Ads Place