Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Zahid Bawa UMNO Melutut Kepada DAP

Akhirnya UMNO BN tersungkur juga di kaki DAP. Sebelum ini hanya UMNO BN sahaja parti politik yang tidak pernah mempunyai rekod kerjasama den...


Akhirnya UMNO BN tersungkur juga di kaki DAP. Sebelum ini hanya UMNO BN sahaja parti politik yang tidak pernah mempunyai rekod kerjasama dengan DAP.

Sehinggakan sebelum parlimen di bubarkan, perwakilan dari seluruh negara ke Persidangan Agung UMNO turut membuat ketetapan rasmi bahawa tiada kerjasama politik antara UMNO BN dan Pakatan Harapan. Ini kerana UMNO BN telah melihat apa yang berlaku kepada parti politik yang mempunyai ikatan dengan DAP. 

PAS pernah bersama DAP dan PPBM juga pernah menubuhkankan kerajaan Pakatan Harapan dengan DAP selepas memenangi PRU14. Kedua parti ini akhirnya memutuskan hubungan kerjasama kerana tidak tahan dengan kerenah jahat DAP yang terlampau bersifat perkauman. PAS dan PPBM sedar DAP hanya menggunakan mereka untuk meraih undi Melayu.

Mahathir yang dikatakan tegas ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun juga gagal menjinakkan DAP dan akhirnya mengambil keputusan membubarkan kerajaan Pakatan Harapan sebelum DAP memudaratkan rakyat dan negara.

Muhyiddin sendiri menyedari betapa jahatnya DAP yang hanya mementingkan diri mereka sahaja. Sistem pendidikan dan sistem kewangan rosak. Tekanan untuk meluluskan beberapa perlembagaan juga berlaku yang akhirnya menguntungkan bangsa DAP.

Amat jelik apabila Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan begitu teruja cuba mempengaruhi ahli UMNO di akar umbi kononnya ‘jangan takut dengan DAP’. Pujian melambung terhadap DAP sebelum kabinet ditubuhkan membuktikan Ahmad Maslan sedang menagih sesuatu atau sedang merosakkan UMNO BN dari dalam?

Ahmad Maslan jangan mengundang bala. Jangan asyik dengan menu nasi goreng maka parti keramat menjadi mangsa.

No comments

Ads Place