Persoalan utama dari rakyat, layakkah Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri? Sedangkan Anwar sudah diuji dan gagal. Sepanjang 16 tahun menja...
Persoalan utama dari rakyat, layakkah Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri?
Sedangkan Anwar sudah diuji dan gagal. Sepanjang 16 tahun menjadi Timbalan Perdana Menteri dan pernah juga di waktu yang sama menjadi Menteri Kewangan Malaysia, apa terjadi kepada ekonomi negara.
Rakyat tidak lupa kadar bunga melambung bagi pinjaman kereta dan antara yang tertinggi pernah rakyat alami.
Negara hampir bersetuju berhutang dengan IMF sebagai jalan mudah Anwar untuk selesaikan ekonomi negara kerana kewangan negara tercemar dengan ‘skandal’ seperti skandal forex yang menyebabkan negara rugi RM30bilion.
Banyak syarikat yang berkait dengan kerajaan, GLC ‘tutup kedai’ dan ada syarikat ‘berkepentingan keluarga’ pemimpin utama terpaksa ‘bail-out’ dengan menggunakan wang rakyat.
Kesemua aliran wang rakyat umpama hilang begitu sahaja dan Anwar sebagai menteri kewangan yang juga timbalan perdana menteri ketika itu gagal untuk selamatkannya.
Lim Kit Siang sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen hampir 20 tahun bersuara mengenai ‘skandal’ ini tetapi semuanya tidak terjawab sehinggakan Lim Kit Siang dan Dap sendiri mula berpakat dengan Anwar dan Mahathir membentuk Pakatan Harapan.
Bagaimana Kit Siang boleh menutup mulut begitu sahaja? Adakah kerana gila kuasa?
Belum lagi jenayah seksual yang Anwar lakukan terhadap pekerjanya sendiri yang berakhir dengan Anwar dihukum penjara.
Terkini, ada laporan dari pekerjanya sendiri juga berhubung gangguan seks amang.
Rakyat nilailah sendiri.
No comments