Dakwaan terbaharu Mahathir terhadap Presiden UMNO BN adalah serius. Mahathir melalui sumber yang boleh dipercayainya mengatakan bahawa apa s...
Dakwaan terbaharu Mahathir terhadap Presiden UMNO BN adalah serius. Mahathir melalui sumber yang boleh dipercayainya mengatakan bahawa apa sahaja keputusan pilihanraya umum ke-15, Zahid akan bekerjasama dengan Anwar dan Zahid akan memastikan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.
Zahid memahami keadaan beliau yang sedang berhadapan dengan 47 kes rasuah dan begitu sukar untuk memenangi kes tersebut. Zahid hanya bergantung dengan Anwar untuk ‘melepaskan’ dirinya dari kesemua pertuduhan itu menurut sumber Mahathir.
Persetujuan Zahid itu juga supaya Anwar akan membebaskan Najib dari hukuman penjara.
Zahid Hamidi perlu jujur dan membuat kenyataan penafian segera demi kemenangan Barisan Nasional. Kenyataan Mahathir menimbulkan keresahan ahli UMNO BN dan juga rakyat terhadap kejujuran Zahid itu sendiri setelah beliau baru-baru ini menegaskan bahawa BN menolak sebarang kerjasama dengan musuh politik BN dan menyatakan hanya Ismail Sabri satu-satunya calon PM dari parti Barisan Nasional.
Zahid jangan bermain api!
Emel kiriman anak jati UMNO
No comments