‘Kestabilan dan Kemakmuran’ itulah ‘akurjanji’ parti Barisan Nasional kepada rakyat Malaysia sekiranya memenangi pilihanraya umum ke-15. Bar...
‘Kestabilan dan Kemakmuran’ itulah ‘akurjanji’ parti Barisan Nasional kepada rakyat Malaysia sekiranya memenangi pilihanraya umum ke-15.
Barisan Nasional berjanji berdasarkan rekod khidmat perdana menteri dari sebelum PRU14 sehinggalah kepada Kerajaan Keluarga Malaysia yang dipimpin oleh Dato Seri Ismail Sabri.
Kestabilan kerajaan Malaysia benar-benar diuji dan berjaya digalas oleh perdana menteri adalah ketika Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri ke-9. Belum pernah ada perdana menteri yang mampu menstabilkan suhu politik negara seperti apa yang dilalui oleh Ismail Sabri. Menjadi Perdana Menteri dengan memimpin kabinet yang datangnya daripada pelbagai fahaman politik bukanlah suatu perkara yang mudah namun ianya berjaya dan terbukti dengan rekod cemerlang pentadbiran pimpinan beliau.
Ismail Sabri berjaya meletakkan kepentingan rakyat dan negara mengatasi kepentingan peribadi dan parti UMNO BN yang diwakilinya sendiri. Rakyat boleh menilai sendiri bagaimana beliau berjaya membawa rakyat dan negara keluar dari permasalahan pandemik covid19 yang turut melanda seluruh dunia. Malaysia menjadi antara negara yang cepat keluar dari fasa pandemik dengan acuan sendiri. Ismail Sabri berjaya melancarkan pelan pemulihan ekonomi negara dan menguruskan kesan pandemik tersebut supaya rakyat dan negara sentiasa berada di landasan kemakmuran.
Tiada janji retorik tetapi lihat bukti.
Tiada keutamaan kepada keluarga dan kroni tetapi menjadikan rakyat sebagai keutamaan.
Hak rakyat yang dinafikan ketika 22 bulan Pakatan Harapan memerintah berjaya dikembalikan semula sebelum pilihanraya seperti bantuan kepada mahasiswa melalui Peranti Siswa. Peruntukan musim tengkujuh kepada golongan petani dan nelayan yang terkesan yang dimansuhkan telah diberikan semula dan ditambah lagi jumlahnya.
UMNO BN melalui keputusan Presiden parti Zahid Hamidi, ketua UMNO Bahagian seluruh negara dan kepimpinan utama parti komponen telah menamakan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 sekiranya BN menang kali ini.
Jangan persiakan undi anda.
No comments