Semakin kelam kabut kempen musuh UMNO BN pada pilihanraya umum ke-15 kali ini. Mereka sudah kehabisan isu untuk dijadikan modal ceramah meng...
Semakin kelam kabut kempen musuh UMNO BN pada pilihanraya umum ke-15 kali ini. Mereka sudah kehabisan isu untuk dijadikan modal ceramah menghasut rakyat untuk memilih mereka.
Musuh politik UMNO BN tidak mampu lagi menjadikan manifesto sebagai akurjanji kepada rakyat apa yang bakal mereka lakukan sekiranya menang PRU15 kerana pembohongan dan keengganan mereka tunaikan janji pada PRU14 masih menghantui mereka sendiri dan masih segar pada ingatan rakyat.
Apatah lagi Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Kerajaan Keluarga Malaysia baru-baru ini begitu realistik dan terbaharu Barisan Nasional mengemukakan manifesto yang terbaik untuk kemakmuran rakyat dan kestabilan negara.
Pakatan Harapan, Perikatan Nasional dan musuh UMNO BN yang lainnya tidak mampu menjadikan Ismail Sabri sebagai sasaran kerana batang tubuh Perdana Menteri ke-9 ini tidak pernah mempunyai isu skandal peribadi, tidak terpalit dengan apa juga kes di mahkamah dan telah terbukti berjaya mengeluarkan negara dari pandemik covid19 melalui pelan pemulihan negafa acuan Keluarga Malaysia yang diilhamkan sendiri oleh beliau.
Apa yang Pakatan Harapan boleh janjikan kepada rakyat selain mencalonkan Anwar sebagai Perdana Menteri yang mana rakyat sedia maklum siapa Anwar sebelum ini.
Begitu juga dengan Perikatan Nasional, menjanjikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri yang mempunyai rekod kegagalan yang memalukan negara dan menyebabkan negara hampir muflis?
Mahathir? Rakyat sudah membuat keputusan menolak beliau. Bukan sahaja gagal ketika 22 bulan memimpin Pakatan Harapan tetapi menolak untuk menunaikan janji yang mereka buat ketika PRU14.
Rakyat telah ada pilihan terbaik yang sudah diuji. Ismail Sabri.
No comments