Politik dinamik bagi sesebuah negara adalah politik yang membawa kestabilan kepada negara dan kemakmuran kepada rakyat dan bukannya terlalu ...
Politik dinamik bagi sesebuah negara adalah politik yang membawa kestabilan kepada negara dan kemakmuran kepada rakyat dan bukannya terlalu berleluasa mengamalkan sistem politik nepotisma dan ‘nomad’.
Pemilihan calon pilihanraya umum ke-15 adalah gambaran sebenar PH sekiranya mereka menjadi kerajaan. Mengutamakan ahli keluarga sendiri menjadi tindakan utama pemimpin tertinggi PH. Anwar meletakkan isterinya Wan Azizah dan anaknya Nurul Izzah walaupun mereka tidak menunjukkan prestasi cemerlang selepas PRU14 termasuk Anwar sendiri.
Lim Kit Siang mempertaruhkan kembali anaknya Lim Guan Eng walaupun anaknya tersebut sedang menghadapi kes rasuah mega di mahkamah. Dan di PRU15, Lim Kit Siang meletakkan anak perempuannya Lim Hui Ying yang sebelum ini sebagai Senator. Prestasinya sebagai senator juga gagal.
Gobind Singh dan adiknya Ram Karpal juga turut dengan mudah mendapat tempat untuk bertanding. DAP dan PKR dengan mudah mengenepikan calon yang sedang berkhidmat demi untuk memberi tempat kepada ahli keluarga pemimpin tertinggi.
Sebelum menang, PH telah menunjukkan corak dan konsep yang bakal mereka laksanakan apabila berkuasa.
Barisan Nasional menjanjikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri dan mengekalkan konsep Keluarga Malaysia apabila berjaya menjadi kerajaan pada PRU15 nanti.
Konsep Keluarga Malaysia yang telah terbukti halatujunya kepada rakyat dan negara. Melalui konsep inilah negara berjaya mengharungi cabaran kesan daripada pandemik covid19 yang meranapkan ekonomi negara dan juga kehidupan rakyat terjejas teruk.
Dengan kerajaan Keluarga Malaysia, Ismail Sabri telah berjaya membuktikan Malaysia mampu bangkit kembali dalam masa tidak sampai 2 tahun beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.
Rakyat boleh membuat perbandingan mudah dan membuat keputusan untuk memilih Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri bagi memberikan beliau meneruskan kejayaan kerajaan Keluarga Malaysia.
Undi untuk calon BN, rakyat akan mendapat seorang Perdana Menteri yang telah teruji dan berintegriti tinggi. Tiada masalah moral, bukan dari kluster mahkamah dan yang utama adalah mementingkan rakyat dan negara.
No comments