Memilih kerajaan bukan satu proses ‘cuba dan lihat’. Apa yang berlaku pada pilihanraya umum ke-14 adalah kejayaan Pakatan Harapan memujuk ra...
Memilih kerajaan bukan satu proses ‘cuba dan lihat’. Apa yang berlaku pada pilihanraya umum ke-14 adalah kejayaan Pakatan Harapan memujuk rakyat supaya memberi peluang kepada mereka mentadbir kerajaan, mengurus rakyat dan negara.
Apa yang berlaku tidaklah seperti yang diharapkan oleh rakyat. Segala janji yang Pakatan Harapan buat kepada rakyat hanyalah sekadar janji yang berakhir dengan pengakuan Mahathir sebagai Perdana Menteri Pakatan Harapan membuat kenyataan bahawa “manifesto bukan kitab suci. Dengan kata lain, Pakatan Harapan memungkiri janji kepada seluruh rakyat di negara ini.
Bertambah malang, bukan setakat Pakatan Harapan yang dipimpin Dap menolak untuk menunaikan janji merera, kerajaan Pakatan Harapan bertindak ‘zalim’ kepada rakyat. Peruntukan untuk golongan petani, nelayan, pekebun kecil dipotong dan ada yang dimansuhkan. Bantuan untuk golongan muda (BSH) juga dimansuhkan. Dan banyak lagi yang turut terkesan akibat kegagalan Pakatan Harapan mengurus negara termasuk mereka sewenangnya menjual aset strategik milik rakyat kepada pembeli dari luar negara.
Sekarang di pilihanraya umum ke-15, Pakatan Harapan memujuk sekali lagi rakyat memberi peluang kepada parti mereka dengan bersandarkan Anwar Ibrahim pula sebagai calon Perdana Menteri mereka. Apakah perbezaan kalau hanya Mahathir tidak bersama mereka kali ini? Anwar sudah mendapat peluang selama 16 tahun menjadi Timbalan Perdana Menteri dan juga menteri kewangan. Apa bukti yang boleh dibanggakan? Kadar bunga pinjaman melambung tinggi dan Anwar juga bertanggungjawab di dalam ‘skandal’ forex yang menyebabkan wang rakyat hangus lebih daripada RM30bilion.
Kerana rakyat termakan pujukan Pakatan Harapan supaya ‘cuba dan lihat’ maka selepas pilihanraya umum ke-14, negara menyaksikan tiga perlantikan Perdana Menteri pada penggal yang lepas.
Malaysia bersyukur kerana Perdana Menteri yang ‘ketiga’ itu adalah Ismail Sabri daripada UMNO BN. Melalui beliaulah maka ekonomi rakyat dan negara mula bangkit kembali akibat daripada kesan pandemik covid19. Malah pelabur mula kembali dan berani menanam modal di Malaysia kerana dasar Kerajaan Keluarga Malaysia yang mengutamakan kestabilan.
Terlalu banyak Ismail Sabri lakarkan kejayaan di dalam masa yang singkat. Angka KDK, kadar inflasi dan peratusan pengangguran menjadi indikasi utama berjaya dan pelbagai indikasi utama berjaya membuktikan Ismail Sabri jauh lebih mampu dari calon-calon parti lain.
Gunalah mandat kali ini dengan bijaksana dan jangan sesekali terpedaya dengan mulut manis hanya petah berceramah sahaja.
No comments