PADU, itulah manifesto BN kepada rakyat yang merangkumi setiap lapisan masyarakat. Dari pelbagai peringkat umur hingga kepada pelbagai perin...
PADU, itulah manifesto BN kepada rakyat yang merangkumi setiap lapisan masyarakat. Dari pelbagai peringkat umur hingga kepada pelbagai peringkat pendapatan.
Itulah Barisan Nasional, sejak Perdana Menteri YAB Dato Seri Ismail Sabri memimpin kerajaan Keluarga Malaysia, apa yang beliau utamakan adalah “tiada siapa yang tertinggal” dari apa yang beliau sediakan untuk rakyat.
Akurjanji yang dilancarkan oleh Barisan Nasional sempena pilihanraya umum ke-15 adalah kesinambungan daripada Bajet-2023 yang telah dibentangkan oleh kerajaan Keluarga Malaysia. Manifesto yang realistik dan bukannya sekadar ‘manis d bibir’ sahaja. Selama 22 bulan rakyat trauma dengan janji politik Pakatan Harapan. Apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan. Harapan kosong semata-mata.
Lebih PADU, janji UMNO BN adalah seorang Perdana Menteri yang bersih dan berintegriti tinggi. Tiada masalah moral yang memalukan negara. Tidak mempunyai sebarang kes jenayah di mahkamah dan tidak terpalit dengan salahguna kuasa di sepanjang menjadi Perdana Menteri ke-9.
Ismail Sabri, satu-satunya calon Perdana Menteri dari UMNO BN yang disokong sebulat suara oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO, lebih 160 bahagian UMNO mencalonkan beliau, disokong oleh kesemua Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Neheri seluruh negara dan juga mendapat mandat penuh dari parti komponen BN. Inilah ‘hadiah’ utama BN kepada rakyat sekiranya BN memenangi pilihanraya umum ke-15.
Perdana Menteri yang telah diuji ketika kegawatan ekonomi kesan daripada pandemik covid19. Perdana Menteri yang berjaya membawa rakyat dan negara keluar dari bala virus yang membunuh itu dan Perdana Menteri yang tidak meninggalkan keseluruhan rakyat pada setiap kali belanjawan negara dibentangkan.
Jangan tertipu dengan “Kita Boleh” kerana ‘mereka’ sememangnya “Boleh Menipu”.
BN untuk rakyat!
No comments