Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Ketepikan Propaganda Musuh: BN Tawarkan Ismail Sabri Sebagai Perdana Menteri ke 10 Selepas PRU15

Nama-nama calon yang akan mewakili kawasan parlimen masing-masing telah diumumkan secara rasmi. Kini adalah masa untuk jentera Barisan Nasio...


Nama-nama calon yang akan mewakili kawasan parlimen masing-masing telah diumumkan secara rasmi. Kini adalah masa untuk jentera Barisan Nasional bekerja bagi memastikan calon-calon tersebut menang.

Kelebihan untuk menang berpihak kepada BN. Banyak faktor yang membolehkan BN mengalahkan parti lawan.

‘Produk’ terbaik adalah janji dan sokongan padu ahli akar umbi BN bahawa perdana menteri dari rakyat, untuk rakyat adalah Dato Seri Ismail Sabri. 

Ismail Sabri telah diuji dan terbukti berjaya membawa rakyat dan negara ke tahap terbaik terutama selepas pandemik covid 19. Perancangan dan perlaksanaan melalui pakej pemulihan ekonomi berjaya bukan sahaja membantu rakyat malah meletakkan negara ke tempat yang lebih baik.

Data dan sains menunjukkan angka KDNK, kadar inflasi, masalah pengangguran, pengawalan harga barang dan pelbagai indeks termasuk mesra pelabur membuktikan kesungguhan dan komitmen Ismail Sabri menguruskan negara.

Ismail Sabri tidak terpalit dengan masalah moral dan integriti. Bersederhana tetapi fokus tentang permasalahan rakyat. Jujur dan setia kepada parti UMNO yang didokongnya selama ini. Sifat taat kepada ketua menjadikan beliau pemimpin yang disegani musuh politiknya.

Inilah peluang yang terbaik bagi UMNO BN untuk memberitahu rakyat betapa calon Perdana Menteri dari BN adalah produk yang sudah teruji.

No comments

Ads Place