Tidak ada kes di mahkamah termasuk kes rasuah atau salah guna kuasa di sepanjang beliau menjadi menteri di beberapa kementerian sebelum menj...
Tidak ada kes di mahkamah termasuk kes rasuah atau salah guna kuasa di sepanjang beliau menjadi menteri di beberapa kementerian sebelum menjadi Perdana Menteri ke-9.
Tidak ada isu moral seperti Anwar Ibrahim yang pernah dijatuhkan hukuman bersalah ke atas jenayah meliwat pekerja lelakinya sendiri. Begitu juga dengan Muhyiddin Yassin yang di dakwa oleh suami Nika Gee seperti mana terkandung di dalam akuan bersumpahnya bahawa Muhyiddin mempunyai skandal dengan isterinya.
Calon Perdana Menteri BN mempunyai integriti yang tinggi dan terbukti cekap mentadbir di setiap kementerian yang beliau terajui dan kesemua kementeriannya adalah yang berkait rapat dengan rakyat terutama golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah. Malah turut berjaya ketika di kementerian Belia dan Sukan dan di saat itulah lahirnya jaguh badminton negara mula menyerlah, Lee Chong Wei.
Ketika dunia dilanda pandemik covid19 yang membunuh jutaan nyawa manusia, dua perdana menteri Malaysia Mahathir dan Muhyiddin ketika itu gagal menguruskannya dengan baik dan hampir meranapkan ekonomi negara dan meletakkan rakyat di ambang hidup melarat. Beliau berjaya membuktikan dengan acuan sendiri, beliau berjaya mengeluarkan rakyat dan negara daripada kesan pandemik covid19. Beliau berjaya melaksanakan program pemulihan ekonomi negara dan pelbagai inisiatif serta program ransangan ekonomi negara yang menyentuh keseluruhan peringkat rakyat.
Selama tidak sampai pun 2 tahun beliau mengambil alih jawatan perdana menteri ke-9, beliau berjaya membuktikan Malaysia berada di kedudukan terbaik di Asia Tenggara dari pelbagai ‘rating’ termasuk penurunan kadar pengangguran kesan dari pandemik covid19, meletakkan negara menjadi negara terendah di Asia Tenggara dan dunia dari sudut angka inflasi.
Beliau berjaya mengawal iklim politik dalam negara yang terbukti tidak stabil dengan mewujudkan persefahaman antara parti politik berlainan idealogi melalui pejanjian bersama memberi fokus keutamaan kepada pemulihan ekonomi rakyat dan negara.
Dan banyak lagi kejayaan beliau terutama ‘membangunkan’ semula negara yang begitu terkesan dengan virus yang membunuh itu.
Beliau adalah Ismail Sabri, hadiah dari Barisan Nasional kepada rakyat sebagai Perdana Menteri selama beberapa bulan yang lalu dan kekal menjadi hadiah istimewa kepada rakyat selepas PRU15 bagi meneruskan agenda beliau yang masih belum selesai.
Barisan Nasional untuk Kemakmuran dan Kestabilan.
No comments