Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

“Musang Dalam Tidurnya Tetap Bermimpikan Ayam”, Itulah Zahid Yang Sebenarnya

Akhirnya Zahid berkata “No Dap, No Anwar dan No PPBM” adalah keputusan untuk tidak berkerjasama di dalam pilihanraya ke-15 sahaja dan bukann...


Akhirnya Zahid berkata “No Dap, No Anwar dan No PPBM” adalah keputusan untuk tidak berkerjasama di dalam pilihanraya ke-15 sahaja dan bukannya selepas keputusan tersebut.

Persoalan yang rata-rata ahli UMNO BN lontarkan adalah kenapa menolak Perikatan Nasional dan memilih Pakatan Harapan?

Adakah kerana Anwar dan Dap menjanjikan kedudukan yang tinggi kepada Zahid dan tiada sebarang tempat baginya jika menyertai Perikatan Nasional?

Berbeza dengan sebelum pilihanraya ke-15, Zahid menunjukkan betapa Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN berjiwa besar apabila mencalonkan Ismail Sabri sebagai calon tunggal Perdana Menteri mewakili BN. Ini berdasarkan Zahid sedang menghadapi puluhan kes rasuah di mahkamah dan ingin meyakinkan rakyat bahawa UMNO BN berpegang kepada prinsip integriti yang tinggi.

Namun apa yang berlaku selepas PRU15 adalah sebaliknya. Zahid tidak lagi meletakkan imej UMNO BN sebagai keutamaan sebaliknya membiarkan nama baik UMNO BN dihina kerana pemimpin mengutamakan jawatan lebih dari wadah perjuangan parti.

Kalaulah sentimen kaum menjadi ukuran kecondongan terhadap Pakatan Harapan, Zahid silap besar kerana apabila bergabung dengan Perikatan Nasional, di dalamnya lengkap komposisi wakil rakyat berbilang kaum yang lebih harmoni.

Bagi Zahid, hanya “No PPBM”.

No comments

Ads Place