Politik Malaysia akan rosak sekiranya ada yang beranggapan politik Malaysia ini hanya ‘berkisar’ antara Mahathir dan Anwar. Lebih 20 tahun k...
Politik Malaysia akan rosak sekiranya ada yang beranggapan politik Malaysia ini hanya ‘berkisar’ antara Mahathir dan Anwar.
Lebih 20 tahun kedua persengketaan antara keduanya merebut jawatan Perdana Menteri. Sejak dari mereka di dalam parti UMNO BN lagi yang berakhir dengan pemecatan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dihukum penjara di atas kesalahan jenayah rasuah salah guna kuasa dan meliwat.
Rakyat tertipu ketika mereka berdua bekerjasama di dalam Pakatan Harapan pada pilihanraya umum ke-14 yang menyaksikan buat pertama kalinya di dalam sejarah negara UMNO BN tewas dan Mahathir sekali lagi menjadi Perdana Menteri.
Akhirnya bangkai gajah’ tidak mampu ditutup. Mahathir dan Anwar lagi sekali bergolak. Dikatakan Anwar mendesak Mahathir berundur untuk memberinya laluan sebagai Perdana Menteri. Mahathir enggan dan melepaskan jawatannya maka terbubarlah kerajaan Pakatan Harapan. Rakyat bersyukur kerana selama 22 bulan Pakatan Harapan menjadi kerajaan, kehidupan rakyat terhimpit dengan tekanan kerajaan yang meminta ‘rakyat ikat perut’.
Muhyiddin menggantikan Mahathir dengan model kerajaan campuran tetapi hanya mampu bertahan selama 17 bulan kerana hilang arah dan tidak mampu menjalankan tugas terutama apabila negara dan rakyat berhadapan dengan ancaman covid19. Lebih 30 ribu jiwa terkorban.
Akhirnya apabila Ismail Sabri mengambil alih jawatan Perdana Menteri ke 9, ekonomi dan keadaan rakyat dan negara mula pulih.
Perkembangan ekonomi negara, peratus pengangguran kesan akibat covid19, kadar inflasi, bantuan kepada rakyat melalui pakej pemulihan, bantuan kepada mahasiswa dari keluarga B40, mengekang kartel dari memanipulasi harga barang keperluan, mengekalkan pelabur dan menarik pelabur baru serta banyak lagi perlaksanaan yang telah dibuat berjaya meletakkan Malaysia di landasan kemakmuran yang tepat.
Konsep Keluarga Malaysia diteruskan melalui pembentangan Bajet 2023 yang bersifat menyeluruh dengan menyentuh kesemua segmen masyarakat tanpa mengira fahaman politik dan status kehidupan. Semua merasa dan tiada siapa yang tertinggal, itulah hakikatnya Bajet 2023.
Rakyat boleh menilai prestasi Ismail Sabri yang mewakili UMNO BN ketika menjadi Perdana Menteri. ‘Tidak berjanji tetapi lihatlah bukti’.
No comments