Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Kerajaan Keluarga Malaysia Akan Terus Berkhidmat Kepada Rakyat, Ini Janji BN

Cukuplah Sekali Ditipu. Pesan ini pada anak cucu, jiran, sahabat, saudara-mara jauh dan dekat. Jangan perjudikan nasib kita sebagai rakyat d...


Cukuplah Sekali Ditipu.

Pesan ini pada anak cucu, jiran, sahabat, saudara-mara jauh dan dekat. Jangan perjudikan nasib kita sebagai rakyat di tangan manusia yang gila dan rakus kuasa.

22 bulan rakyat sudah perit laluinya di bawah kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Mahathir. Dipaksa ikat perut, golongan nelayan dan petani dinafikan hak mereka dengan memansuhkan beberapa bantuan yang selama ini BN berikan.

17 bulan menyaksikan rakyat hidup dalam ketakutan di bawah kerajaan pimpinan Perikatan Nasional. Ada yang diberhentikan kerja dan ada yang perbigaan mereka terpaksa gulung tikar. Paling menyedihkan ada yang bunuh diri. Muhyiddin gagal secara total menjadi Perdana Menteri dan dipaksa letak jawatan.

Akhirnya BN tunjukkan kepada rakyat bagaimana kerajaan yang dipimpin oleh Ismail Sabri mampu menjaga rakyat dan negara. 

Ismail Sabri berjaya sempurnakan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri melalui kerajaan Keluarga Malaysia sehinggalah beliau membubarkan parlimen dan menyerahkan mandat memilih kerajaan kepada rakyat semula.

Sepanjang Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri, banyak indikator yang memberi impak langsung dan tidak langsung kepada kemajuan negara dan kemakmuran rakyat.

Kadar inflasi negara, Malaysia antara yang terendah di dunia dan terendah di Asia Tenggara. Kadar pengangguran juga menunjukkan angka penurunan yang drastik selepas kesan pandemik covid19.

Rakyat sudah melihat bukti jelas, kerajaan pimpinan siapa yang mampu membawa rakyat dan negara kepada tahap dunia.

Jangan silap pilih lagi. Undilah BN.



No comments

Ads Place