Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Kenapa Salahkan Poster Boy

Kumpulan ‘Yes Anwar, Yes DAP’ dalam UMNO BN nampaknya mula menyerang Dato Seri Ismail Sabri dengan naratif jahat, meletakkan kekalahan Baris...


Kumpulan ‘Yes Anwar, Yes DAP’ dalam UMNO BN nampaknya mula menyerang Dato Seri Ismail Sabri dengan naratif jahat, meletakkan kekalahan Barisan Nasional di PRU15 adalah kerana ‘Poster Boy’.

Hakikat yang perlu ahli UMNO BN tahu adalah ‘Poster Boy’ hanyalah calon Perdana Menteri sekiranya BN menang. ‘Poster Boy’ tidak mengumumkan manifesto parti dan tidak diberi peluang untuk bersama  memberi pandangan dan cadangan ketika manifesto dibuat. Presiden parti yang mengumumkan manifesto tersebut.

‘Poster Boy’ juga tidak terlibat dan tidak diberi kuasa memilih calon walhal itulah sebenarnya calon yang bakal mengisi kabinet sekiranya BN menang.

‘Poster Boy’ tidak diberikan peluang merancang strategi atau terlibat sebagai Pengarah Pilihanraya.

Paling teruk, ‘Poster Boy’ sendiri yang perlu menyediakan poster dan bahan kempennya sendiri dan bukannya ibupejabat BN yang sediakan seperti sebelumnya. Ini secara terang usaha mensabotaj ‘Poster Boy’.

Lebih teruk, ‘Poster Boy’ ditekan untuk sediakan dana pilihanraya tetapi tidak boleh tahu kemana peruntukan tersebut disalurkan.

Jangan salahkan ‘Poster Boy’. Isu sebenarnya ialah orang muda menolak kepimpinan yang jelas sedang menghadapi puluhan tuduhan di mahkamah. Mereka takut dengan mengundi BN maka rakyat akan memperolehi Perdana Menteri dari kalangan yang masih ada kes rasuah di mahkamah.

Rakyat juga tidak mahu mengundi BN kerana khuatir akan mendapat Anwar dan Dap dan akhirnya telah berlaku pada hari ini. Ketakutan rakyat menjadi kenyataan apabila Zahid membawa UMNO BN kepada Anwar dan Dap.

Pemimpin dan ahli akar umbi UMNO BN wajib menerima hakikat bahawa rakyat menolak dan sensitif di dalam isu integriti serta kes mahkamah.

Jangan salahkan orang lain, pemimpin utama wajar mengambil tanggungjawab ke atas kekalahan UMNO BN yang memalukan ini.

Isu menyokong PH yang dikawal DAP dan PN adalah isu yang lain. Isu seorang presiden yang tidak jujur sehingga menyebabkan BN kalah teruk dan bekerjasama dalam diam dengan Anwar dan DAP satu isu berlainan yang Zahid perlu beri penjelasan kerana ini merupakan pengkhianatan kepada undi melayu terhadap BN.

No comments

Ads Place