Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Jangan Jadikan Rakyat Sebagai Tawanan Parti Politik Lagi Sekali

Esok 19 November 2022 adalah hari di mana rakyat membuat penentuan parti politik manakah yang bakal menjadi kerajaan untuk lima tahun lagi. ...


Esok 19 November 2022 adalah hari di mana rakyat membuat penentuan parti politik manakah yang bakal menjadi kerajaan untuk lima tahun lagi.

Pilihanraya umum ke-14 menyaksikan rakyat ditipu hidup-hidup apabila parti yang menang enggan menunaikan janji yang mereka buat terhadap rakyat sekiranya mereka dipilih sebagai kerajaan. Bukan sahaja rakyat ditipu tetapi lebih malang, rakyat bagaikan tawanan kerajaan kerana suara mereka dinafikan dan nasib rakyat bagaikan ‘telor di hujung tanduk’.

Tol percuma, pendidikan percuma, harga petrol dijanjikan dengan harga penurunan yang tidak masuk akal hanyalah umpan supaya rakyat memilih Pakatan Harapan sebagai kerajaan. Hakikatnya bukan sahaja janji dimungkiri tetapi terlalu banyak peruntukan untuk Melayu dan Bumiputera dipotong dan dimansuhkan.

Biasiswa Persekutuan dipotong dan kad Mahasiswa dimansuhkan. Ramai pelajar terutama dari golongan miskin terkesan akibat ‘polisi gila’ kerajaan Pakatan Harapan. 

Kerajaan Pakatan Harapan menggesa rakyat ‘mengikat perut’ apabila beberapa bantuan khas untuk nelayan, petani dan penoreh getah dimansuhkan seperti peruntukan bulanan musim tengkujuh.

Golongan pemandu teksi juga turut terkesan dengan teruk apabila bantuan khas yang selama ini diberikan oleh Kerajaan Barisan Nasional ditarik balik. Mereka juga turut ditipu dengan pelbagai janji.

Mandat lima tahun sekali ini perlu pertimbangan yang waras. Rakyat tidak perlu ulangi kesilapan pilihanraya umum ke-14. 

Bukti amat jelas, 22 bulan Pakatan Harapan gagal menguruskan rakyat, 17 bulan di bawah Perikatan Nasional telah meletakkan rakyat di situasi yang amat sukar dan kerajaan tersebut gagal menjaga kepentingan rakyat dan negara ketika pandemik covid19 melanda.

Akhirnya rakyat boleh melihat dan membandingkan dengan jelas bagaimana kerajaan Keluarga Malaysia di bawah Ismail Sabri berfungsi dengan amat baik selepas mengambil alih dari Muhyiddin Yassin.

Kerosakan yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan dan kerajaan Perikatan Nasional hampir membuatkan negara muflis dan kehidupan rakyat hampir punah diselamatkan oleh Kerajaan Keluarga Malaysia yang dipimpin oleh Barisan Nasional.

Untuk lima tahun akan datang, rakyat wajar melihat kejayaan Ismail Sabri dari UMNO BN mentadbir negara di dalam masa yang singkat.

Silap pilih, anda merana.

No comments

Ads Place