Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Ismail Sabri Meresahkan Pihak Lawan

Satu-satunya calon Perdana Menteri dari UMNO BN selepas PRU15 adalah Dato Seri Ismail Sabri. Beliau mendapat sokongan padu daripada Presiden...


Satu-satunya calon Perdana Menteri dari UMNO BN selepas PRU15 adalah Dato Seri Ismail Sabri. Beliau mendapat sokongan padu daripada Presiden UMNO Zahid Hamidi sendiri, juga dari akar umbi UMNO dari mesyuarat bahagian di seluruh negara yang baru sahaja selesai dan dari parti komponen Barisan Nasional seperti MCA, MIC serta rakan sekutu yang menyokong Barisan Nasional.

Musuh politik UMNO BN mula resah dan mula memfitnah kononnya bukan Ismail Sabri tetapi Zahid Hamidi yang akan menjadi Perdana Menteri sekiranya Barisan Nasional menang.

Kenapa musuh politik melakukan propaganda tersebut? Jawapannya mudah, Ismail Sabri mempunyai rekod peribadi yang bersih dari skandal moral, tidak terkait dengan sebarang kes rasuah dan yang merek paling takuti adalah Ismail Sabri telah membuktikan keberadaannya sebagai Perdana Menteri ke-9 berjaya menguruskan ekonomi negara dan permasalahan rakyat kesan daripada pandemik covid19.

Ismail Sabri berjaya meyakinkan kembali pelabur yang lari ketika Pakatan Harapan dan Muhyiddin Yassin mengetuai kerajaan. Ekonomi domestik menunjukkan aras kenaikan yang baik kerana Ismail Sabri berjaya mewujudkan persekitaran kerajaan yang stabil walaupun Kerajaan Keluarga Malaysia yang diasaskannya mengandungi anggota kabinet dari pelbagai fahaman politik.

Tiada tawaran terbaik dan lebih baik dari UMNO BN sebagai Perdana Menteri selain Ismail Sabri.

Kata dikota, janji ditepati.

No comments

Ads Place