Zahid mengaku beliau menghantar surat akuan bersumpah (SD) yang lama kepada YDP Agong dengan menyatakan bahawa kesemua 30 ahli parlimen BN m...
Zahid mengaku beliau menghantar surat akuan bersumpah (SD) yang lama kepada YDP Agong dengan menyatakan bahawa kesemua 30 ahli parlimen BN menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri sedangkan mensyuarat dewan tertinggi Barisan Nasional jelas dan sepakat membuat keputusan dengan berpendirian bahawa Barisan Nasional tidak menyokong mana-mana blok atau parti lain yang mahu menubuhkan kerajaan.
Zahid mengaku dan berbohong di hadapan ahli majlis tertinggi Barisan Nasional dan pengakuan tersebut menyebabkan berlaku kekecohan di dalam mesyuarat tersebut.
Setiausaha Agong BN juga dikatakan bergegas keluar dari bilik mesyuarat dan memanggil ahli parlimen lain dengan menyatakan mesyuarat ahli majlis tertinggi BN telah selesai sedangkan ketika itu Zahid berdepan dengan undi tidak percaya yang ingin memecatnya dari jawatan Pengerusi Barisan Nasional. Muhammad Hassan pada waktu itu telah pun bersetuju untuk memangku jawatan Pengerusi BN.
Adakah Zahid dan pencacainya berani menafikan kejadian yang amat memalukan ini?
No comments