Bukan senang untuk UMNO BN bangkit kembali setelah kalah teruk pada pilihanraya umum ke-14 yang lalu. Laluan untuk meyakinkan kembali dan m...
Bukan senang untuk UMNO BN bangkit kembali setelah kalah teruk pada pilihanraya umum ke-14 yang lalu.
Laluan untuk meyakinkan kembali dan memenangi hati rakyat betapa UMNO BN masih lagi relevan begitu sukar.
Apabila rakyat mulai menerima UMNO BN melalui kemenangan di beberapa pilihanraya kecil dan negeri, pemimpin utama UMNO BN dilihat mulai lupa diri. Pemimpin UMNO BN seperti tidak ingin belajar dari kesilapan dan masih menebal dengan sifat ‘cah keting’, balas dendam dan sabotaj demi kepentingan diri dan kelompok tertentu.
Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO BN dilihat tidak bertindak sebagai seorang yang diamanahkan kuasa untuk memilih calon UMNO BN bagi menghadapi PRU15. Pemimpin UMNO BN yang layak dan masih diterima masyarakat setempat digugurkan, sedangkan pemimpin tersebut tidak mempunyai masalah dari segi moral, terpalit rasuah atau sedang menjalani perbicaraan di mahkamah.
Majlis penamaan calon BN dilihat seolah-olah ‘pusat sembelihan’. Satu persatu nama yang boleh membawa kemenangan kepada Barisan Nasional digugurkan dan digantikan dengan individu yang tidak dikenali oleh masyarakat setempat. Tindakan yang dilakukan oleh Zahid seperti menghantar pahlawan untuk ‘kamikaze’, membunuh diri tanpa berjuang.
Adakah Zahid begitu terdesak mempertahankan kuasa sebagai seorang presiden parti atau mempertaruhkan nasib BN untuk menyelesaikan masalah yang beliau hadapi di mahkamah sekarang?
Apakah motto BN kali ini ‘Kestabilan & Kemakmuran’ adalah ikrar untuk yakinkan rakyat bahawa BN mampu tunaikan sedangkan di dalam parti sendiri mula bergolak kerana ahli menolak calon yang diputusakan oleh Zahid?
Rakyat inginkan parti politik yang mana pemimpinnya berintegriti tinggi. Rakyat sudah muak dengan parti yang dikawalselia demi kepentingan peribadi dan kelompok tertentu. Rakyat inginkan perubahan supaya negara stabil dan rakyat boleh mengecapi kemakmuran hidup.
Zahid perlu berjiwa besar. Zahid perlu lakukan pengorbanan untuk mengembalikan keyakinan rakyat dan BN terus kekal relevan.
Zahid perlu berbesar hati untuk tidak bertanding di pilihanraya umum kali ini dan melepaskan jawatannya bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada kes yang sedang berjalan di mahkamah. UMNO perlu dibersihkan dari imej-imej pemimpin korup dan bermasalah. Kenapa UMNO harus menanggung risiko hanya disebabkan masalah individu yang mahu kekal berkuasa?
Pilihanraya umum ke-15 adalah hidup matinya UMNO BN.
Kiriman emel:
Anak Jati UMNO
No comments