Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tan Sri Musa Hitam pernah berkata, Mahathir amat licik. “Jangan melihat tangan kanannya berger...
Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tan Sri Musa Hitam pernah berkata, Mahathir amat licik. “Jangan melihat tangan kanannya bergerak menunjukkan sesuatu tetapi lihat dan perhatikan apa tangan kirinya sedang lakukan”.
Kalau ikut kepala Mahathir, dialah yang mengugut Presiden UMNO BN Zahid Hamidi untuk bubarkan UMNO sebaik sahaja Pakatan Harapan menang pilihanraya umum ke-14. Namun usaha Mahahir gagal. Paling memalukan Mahathir sendiri dipecat daripada parti yang diasaskannya iaitu PPBM setelah beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Kini Mahathir dilihat bagaikan hilang punca untuk memburukkan UMNO BN sebagai modal pilihanraya umum ke-15. Setelah kalah memalukan di pilihanraya negeri Johor dengan keputusan majoriti calon daripada parti baharunya, Pejuang, hilang wang pertaruhan. Mahathir dilihat cuba membuat ‘comeback’ dengan cara melaga-lagakan kepimpinan UMNO BN pula melalui isu calon Perdana Menteri dari BN sekiranya Barisan Nasional menang PRU15 kelak.
Mahathir melihat kebangkitan rakyat menyokong kembali UMNO BN melalui kepimpinan Dato Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri ke-9. Kejayaan Ismail Sabri di dalam masa tidak sampai pun 2 tahun memimpin rakyat dan negara betul-betul menghantui Mahathir dan paling beliau tidak menyangka, Ismail Sabri ‘memecahkan rekod’ sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ‘pertama’ berani lakukan keputusan demi kebaikan rakyat dan ekonomi negara.
Mahathir selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri tidak berani melawan kartel yang mengawal harga barang keperluan rakyat tetapi Ismail Sabri berjaya membuktikan bahawa kerajaan menguasai kartel dan bukannya kartel cuba merosakkan nama baik kerajaan. Ismail Sabri adalah Perdana Menteri pertama menghapuskan kuota impot bahan keperluan rakyat termasuk ayam. Banyak lagi pencapaian Ismail Sabri yang mengatasi apa Mahathir buat selama 22 tahun tersebut.
Mahathir cuba membawa dan mengawal corak politik mengikut nafsu tamak beliau tetapi beliau lupa UMNO, BN dan seluruh komponen termasuk Presiden UMNO sendiri menyokong dan hanya mencalonkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri dari Barisan Nasional.
UMNO BN ada acuan sendiri dan bukannya menguruskan rakyat serta negara mengikut kepala Mahathir.
Manifesto BN adalah PADU dan salah satunya adalah calon Perdana Menteri yang paling bersih dan paling berintegriti.
No comments