Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Anwar Dengan Keluarganya, BN Dengan Keluarga Malaysia

Siri ceramah jelajah Pakatan Harapan melalui Anwar Ibrahim tiada yang istimewa selain menyalahkan Mahathir kerana kegagalan Pakatan Harapan ...


Siri ceramah jelajah Pakatan Harapan melalui Anwar Ibrahim tiada yang istimewa selain menyalahkan Mahathir kerana kegagalan Pakatan Harapan menunaikan manifesto PRU14, menyelar UMNO BN dan rakyat yang menyalahkan beliau kerana gagal membuktikan beliau sebagai pemimpin cakna rakyat dan lebih mengutamakan kekukuhan kuasa keluarga dalam politik negara.

Apabila Anwar membuat keputusan mengalihkan kerusi isterinya, Wan Azizah dan anaknya Nurul Izzah ke tempat yang kononnya selamat selain kerusi dirinya sendiri, rakyat mula mempersoalkan halatuju politik Anwar. 

Apa yang rakyat lihat di depan mata adalah secara keseluruhannya, pemimpin Pakatan Harapan mengamalkan ‘Konsep Keluargaku Nepotisma’ iaitu mengutamakan keluarga lebih daripada memberi fokus kepada permasalahan rakyat dan negara.

Anwar dengan anak dan isterinya. Lim Kit Siang dengan Lim Guan Eng dan anak perempuannya. Gobind dan adiknya. Nga Ko Meh dengan sepupunya. Selain daripada amalan nepotisma, pemimpin tertinggi Pakatan Harapan sendiri takut untuk berhadapan dengan pengundi sendiri sehinggakan majoritinya bertukar kawasan yang mereka anggap kubu kuat parti mereka.

Politik ala Nomad ini akan meletakkan rakyat di dalam kerugian. Anwar dan pemimpin tertinggi Pakatan Harapan lebih mengutamakan periuk nasi mereka sahaja.

Sedangkan UMNO BN melalui YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri mengekalkan konsep ‘Keluarga Malaysia’. Tiada yang akan tertinggal untuk kecapi kemakmuran negara.

Ketika 22 bulan di bawah kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Dap, rakyat diarah oleh kerajaan supaya mengikat perut. Banyak peruntukan yang dipotong dan lebih zalim, ada peruntukan yang dimansuhkan.

Terbaru, PM Ismail Sabri berjanji akan menambahkan Bantuan Musim Tengkujuh bagi meringakan beban golongan pekebun kecil RISDA dan peneroka. Bantuan dinaikkan sebanyak RM800.

Tabung Usahawan Belia FELDA untuk generasi kedua diperuntukkan sebanyak RM10juta. Disamping untuk mengurangkan bebanan kumpulan B40, Kerajaan Keluarga Malaysia juga telah melaksanakan program Perantisiswa. Sebanyak 400,000 pelajar menerima skim bantuan ini.

Kepada rakyat Malaysia, nilailah sendiri parti politik mana yang berteraskan kepentingan rakyat dan kumpulan mana yang hanya mementingkan keluarga mereka sahaja.

No comments

Ads Place