Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Ada Penghasut Cuba Putar Belit Isu RM600B

Perbelanjaan kerajaan untuk rakyat samada di dalam bentuk pembangunan, bantuan langsung kepada rakyat dan apa juga pakej stimulasi ekonomi, ...


Perbelanjaan kerajaan untuk rakyat samada di dalam bentuk pembangunan, bantuan langsung kepada rakyat dan apa juga pakej stimulasi ekonomi, kesemuanya dicatatkan dan direkodkan secara rasmi. Samada jumlahnya kecil, sederhana atau berskala besar.

Terkini usaha memburukkan nama baik dan imej mantan Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri dengan cubaan mengaitkan kononnya perbelanjaan sebanyak ‘RM600 bilion’ tidak direkodkan dan hanya membuat kenyataan di media internet sahaja. Dakwaan jahat dan nampak kebodohan ini sebenarnya mempunyai agenda tidak baik dan datangnya dari kumpulan ‘pendedak politik’.


Perlu diingat, apa yang dijelaskan oleh Ismail Sabri melalui akaun media sosial rasminya adalah dibuat dengan penuh kebertanggungjawaban. Mana mungkin beliau menggunakan ‘kepala surat’ yang berchop jata negara dari pejabat Perdana Menteri lagi.

Berikut, ini adalah serba ringkas angka pakej stimulasi dan bantuan terus kepada rakyat.

Mula-mula dengan jumlah RM500 bilion. Kemudian jumlahnya dinaikkan kepada RM600 bilion dan terbaharu kepada RM620 bilion.

Jika RM600 bilion itu merujuk kepada apa yang diucapkan oleh Muhyiddin, pecahannya merangkumi;

i.  RM322 bilion untuk bajet 2021.

ii. RM340 bilion untuk 6 pakej RANGSANGAN yang terdiri daripada,

-  Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), RM250 bilion, 

- PRIHATIN PKS+, RM10 bilion; 

- Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) RM35 bilion,

- Kerangka Inisiatif Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (KITA PRIHATIN),RM10 bilion, 

- Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat (PERMAI) RM15 bilion; 

- Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) RM20 bilion

2. Keseluruhan pakej RANGSANGAN juga tidak berhenti di situ kerana ada baki 2 lagi pakej mencukupkan 8 pakej iaitu,

- PEMERKASA Tambahan RM40 bilion,

- Pakej Perlindungan Rakyat Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) sebanyak RM150 bilion.

Menjadikan jumlah keseluruhan Pakej RANGSANGAN ketika PKP dan pandemik covid19 kepada RM530bilion.

3. Bagi yang bertanya mana laporan, audit dan sebagainya, laporan Perbelanjaan bagi belanjawan 2020 boleh di dapati di dokumen-dokumen dapatan awam seperti 

-ANGGARAN PERBELANJAAN PERSEKUTUAN 2020 

- Seksyen 3 : Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan - Belanjawan 2021 

Serta boleh dirujuk silang dengan Penyata kewangan yang telah diaudit oleh Jabatan Audit Negara (JAN)

- PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN SERTA PENGAUDITAN PEMATUHAN KEMENTERIAN DAN JABATAN PERSEKUTUAN TAHUN 2020

4. Manakala bagi pakej RANGSANGAN, kena tahu bahawa ada, 

i. Laporan secara berkala yang dispearhead oleh Tengku Zafrul sebagai Menteri Kewangan di zaman Muhyddin dan Ismail Sabri.

ii. Ada 105 laporan yang dikenali sebagai Laporan Kewangan Rakyat yang dilakukan secara berkala oleh Tengku Zafrul sehingga bulan Ogos 2022. Juga di ‘public domain’ MOF.

5. Juga lebih penting untuk kita tahu dan akui bahawa, dari keseluruhan RM530 bilion yang diperuntukkan, kurang dari 16% adalah suntikan fiskal terus dari kerajaan. Lebih 84% adalah melalui polisi moneteri iaitu :

i. Pengeluaran KWSP i-Lestari, i- Sinar, i-Citra - RM145 bilion 

ii. Pengurangan pembayaran KWSP - RM10 bilion

iii. Blanket Moratorium individual, syarikat -RM200 bilion.

iv. Jaminan kerajaan untuk pinjaman syarikat - RM80 bilion. 

 Empat item diatas sahaja menghampiri RM435 bilion wang yang kerajaan tidak keluar atau belum keluar lagi.

6. Maka perkara yang betul-betul diberi perhatian serius untuk diaudit dan menampak seseorang itu bijak bukanlah angka RM600/620 bilion, tetapi adalah:

i. Direct fiskal injection cuma berjumlah RM81.8 bilion.

ii. Perolehan dan perbelanjaan kerajaan bagi perkhidmatan perubatan ketika negara berdepan wabak COVID-19. - yang ni terkandung di dalam bajet 2021 dan PAC pun menjelaskan perkara yang sama serta mengarahkan JAN melakukan audit khas.

7. Akhir kata, secara peribadi, rasanya tiada keperluan untuk memainkan naratif 600bilion ini kerana dalam anda rasa anda tidak dapat 'apa-apa' kecuali tidak perlu membayar kereta, rumah dan pinjaman peribadi hampir setahun, beratus ribu keluarga, berjuta ketua keluarga sujud syukur dapat letak makanan di atas meja, dapur berasap di era pandemik covid19.

Dan belajarlah dari pasca PRU-14, bila ramai yang mengungkit,kira itu dan ini mengenai kos kos projek MRT, ECRL, HSR dan projek awam yang lain, pada akhirnya kita kena bayar lebih untuk projek berkenaan dan dapat benda yang ‘downgraded’ pun ada malah ada yang tak dapat satu skru pun masih kena bayar, ada contohnya seperti projek HSR.

Mari kita belajar untuk menjadi lebih cerdik dan matang, bukannya terus menerus menjadi pencacai dan balaci hamba bertuankan yang gila kuasa.

Pelik, “Kenapa hanya Ismail Sabri yang dihalakan persoalan ini sedangkan perbelanjaaan semasa pandemik dan pasca pandemik dari dua Perdana Menteri berbeza. Lebih parah naratif serangan ini datangnya dari dalam UMNO sendiri. Kita tahu agenda jahat ini datang dari siapa dan pihak mana”.

No comments

Ads Place