Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Zahid Hamidi Sahkan Ismail Sabri Calon Perdana Menteri BN

Nampaknya propaganda murahan pembangkang yang cuba melaga-lagakan kepimpinnan utama UMNO BN dengan memainkan isu Zahid bakal menjadi Perdana...


Nampaknya propaganda murahan pembangkang yang cuba melaga-lagakan kepimpinnan utama UMNO BN dengan memainkan isu Zahid bakal menjadi Perdana Menteri sekiranya BN memenangi pilihanraya umum ke15 gagal sama sekali.

Presiden UMNO, Zahid Hamidi mengesahkan bahawa Ismail Sabri adalah calon tunggal sebagai Perdana Menteri sekiranya UMNO BN menang pada PRU kali ini.

Pengesahan ‘Poster Boy’ itu dibuat oleh Zahid di Mesyuarat Agung Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk semalam iaitu bahagian UMNO yang diterajui sendiri oleh presiden UMNO.

Pihak pembangkang seawal parlimen dibubarkan cuba menggunakan isu Zahid akan menjadi Perdana Menteri sekiranya UMNO BN menang PRU15 untuk menimbulkan kemarahan rakyat kononnya apabila Zahid menjadi Perdana Menteri maka beliau akan menggugurkan kes yang sedang dihadapinya sekarang di mahkamah.

Hakikatnya Zahid, seperti Najib tidak pernah memohon agar kes mereka digugurkan sebaliknya mengharapkan sebuah perbicaraan yang adil.

Pembangkang kali ini mati akal. Kebiasaannya mereka akan menjadikan ‘Poster Boy’ sebagai sasaran fitnah pada setiap pilihanraya namun kali ini dengan keputusan UMNO BN sejak dari YAB Dato Seri Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri menggantikan Muhyiddin, pembangkang tidak ada isu untuk menyentuh PM Ismail Sabri.

‘Produk’ UMNO BN sebagai Perdana Menteri kali ini tiada ruang untuk dijadikan isu, baik dari segi moral, salah guna kuasa, rasuah dan kes mahkamah.

Undilah BN demi ‘Kestabilan dan Kemakmuran’. Rakyat jangan lagi ditipu pada PRU15.

No comments

Ads Place