PM Ismail Sabri menegaskan orang yang paling berjiwa besar dan sepatutnya dicontohi adalah Presiden UMNO, Dato Seri Zahid Hamidi. Zahid Hami...
PM Ismail Sabri menegaskan orang yang paling berjiwa besar dan sepatutnya dicontohi adalah Presiden UMNO, Dato Seri Zahid Hamidi.
Zahid Hamidi telah menunjukkan bukti bahawa beliau menyokong penuh keberadaan Dato Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri selama beliau memegang jawatan nombor satu negara tersebut dan terbaharu Zahid telah membuat pengumuman rasmi bahawa calon tunggal Perdana Menteri dari UMNO BN bagi pilihanraya umum ke-15 adalah Dato Seri Ismail Sabri.
Keputusan Presiden dan Majlis Kerja Tertinggi UMNO memilih Ismail Sabri sebagai calon tunggal UMNO BN sebagai Perdana Menteri mewakili parti adalah berdasarkan rekodnya yang cemerlang.
Kejayaan menguruskan rakyat dan negara melalui keputusan yang tepat dan berani akibat daripada kesan pandemik covid19 serta kesan inflasi daripada peperangan Rusia-Ukraine juga membuktikan Ismail Sabri bukan sekadar seorang perdana menteri yang ‘tangkap muat’.
Peperangan tersebut menyebabkan harga bekalan bahan mentah utama mengalami kenaikan mendadak kerana rantaian impot-ekspot terganggu. Ini menjadikan kadar inflasi global naik dan buat pertama kalinya di dalam sejarah negara Malaysia merdeka PM Ismail Sabri menaikkan kadar subsidi sehingga mencecah RM80 bilion.
Dengan pengalamannya yang cukup luas di beberapa kementerian yang begitu dekat dengan rakyat seperti pernah menjadi menteri pertanian, menteri KPDNKK dan menteri KPLB. PM Ismail Sabri berjaya membuktikan bahawa beliau adalah seorang Perdana Menteri yang begitu perihatin dan berjiwa rakyat dan ini dicapai oleh beliau dalam masa tidak sampai pun dua tahun menjadi Perdana Menteri ke-9.
Melalui perancangan yang komprehensif, cermat dan teratur supaya keluk penularan dapat dilandaikan, dicegah dari merebak serta pembukaan sempadan negara, Ismail Sabri berjaya meyakinkan pelabur-pelabur asing bahawa Malaysia sebagai destinasi pelaburan terbaik pasca pandemik covid19.
Malah kejayaan Ismail Sabri mengurangkan kadar pengangguran daripada 5.3% turun kepada 3.4% hanya dalam masa setahun beliau mengambil alih jawatan perdana menteri dari Muhyiddin Yassin yang kehilangan sokongan majoriti ahli parlimen termasuk hilang sokongan daripada ahli parlimen dari blok partinya sendiri dilihat sebagai bagaimana pendekatan pentadbiran Ismail Sabri berbanding dengan bekas perdana menteri yang lain selepas PRU14. Ismail Sabri lebih mengutamakan rakyat daripada sibuk berpolitik untuk mengukuhkan kedudukannya sendiri.
UMNO BN tidak perlu berjanji atau membuat manifesto yang retorik seperti Pakatan Harapan pernah menipu rakyat di dalam pilihanraya umum ke-14. UMNO BN telah membentangkan Bajet 2023 sebelum pembubaran parlimen tempohari dan itulah janji UMNO BN untuk rakyat Malaysia sekiranya diberikan mandat untuk menubuhkan kerajaan. “Tiada siapa yang akan ditinggalkan” kata PM Ismail Sabri.
No comments