Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Siasatan Terhadap Pendedahan Kandungan Buku Tommy Thomas: PM Konsisten Terhadap Salah Guna Kuasa Mencampuri Pengasingan Kuasa

Apabila YAB Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri  Yaakob mengarahkan siasatan lanjut terhadap dakwaan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas d...


Apabila YAB Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri  Yaakob mengarahkan siasatan lanjut terhadap dakwaan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas dalam bukunya “My Story: Justice in the Wilderness”, ini menunjukkan dengan jelas betapa Perdana Menteri memandang serius terhadap salah laku terhadap campurtangan di dalam isu pengasingan kuasa.

Tidak mengira siapa dan dari pihak mana, sesiapa sahaja yang cuba merosakkan dan campurangan di dalam sistem pengasingan kuasa maka perlu berhadapan dengan undang-undang.

Di dalam bukunya itu, Tommy Thomas mendedahkan wujud penyalahgunaan kuasa dalam isu pelantikan hakim, campur tangan badan eksekutif di dalam badan kehakiman, pendakwaan terpilih dan bersifat politik di zaman kerajaan Pakatan Harapan.

Ini bukti betapa rakyat boleh menilai bagaimana kegagalan kerajaan Pakatan Harapan memerintah negara. Tiada fokus terhadap kebajikan rakyat sebaliknya lebih menjurus ke arah membalas dendam kepada musuh politik.

Rakyat juga boleh melihat bagaimana kerajaan Pakatan Harapan menggunakan jawatan-jawatan penting seperti badan kehakiman, peguam negara, ketua polis dan SPRM untuk tujuan kepentingan politik mereka.

Untuk wujudkan kerajaan yang berintegriti, bukan hanya bercakap sahaja tetapi bertindak supaya keadilan sentiasa tertegak.

Syabas Perdana Menteri.

No comments

Ads Place