Pembubaran parlimen yang dibuat oleh YAB Dato Seri Ismail Sabri tadi membuktikan bahawa PM Ismail Sabri adalah seorang pemimpin yang amat me...
Pembubaran parlimen yang dibuat oleh YAB Dato Seri Ismail Sabri tadi membuktikan bahawa PM Ismail Sabri adalah seorang pemimpin yang amat menunaikan janji. Hari ini sempurnalah kesemua janji yang beliau ikrarkan kepada UMNO BN selama menjadi Perdana Menteri mewakili UMNO di kerajaan Keluarga Malaysia.
Ia juga berjaya menepis segala tohmahan jahat terhadapnya selama ini oleh musuh parti UMNO BN dan juga fitnah dari kumpulan ‘musang berbulu ayam’ yang mahu melihat UMNO berpecah.
Kenyataan liar dari ‘musuh dalam selimut’ menyatakan PM Ismail Sabri akan dipecat dan memberi tekanan agar UMNO mengambil tindakan terhadap beliau merupakan angkara dari sekumpulan musuh yang harus kita kenal walaupun mereka mengaku sebagai ahli dan penyokong UMNO.
Solidariti antara kepimpinan UMNO adalah asas kepada kekuatan parti dan kemenangan UMNO BN hanya boleh dicapai dengan kekuatan perpaduan di dalam UMNO.
Ahli UMNO perlu sedar bahawa musuh yang jelas hari ini telah nampak iaitu pembangkang tetapi jangan dilupa dan wajar berwaspada terhadap kumpulan ‘musang berbulu ayam’.
No comments