Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Saman Kerajaan Kerana Bubar Parlimen: DAP Tunjuk Penderhakaan Secara Terbuka Kepada Agong

  ‘Sudah terang lagi bersuluh’, itulah sikap pemimpin Dap yang sebenar.  Bagaikan tidak mampu menahan perasaan mereka terhadap istana, Dap m...

 


‘Sudah terang lagi bersuluh’, itulah sikap pemimpin Dap yang sebenar. 

Bagaikan tidak mampu menahan perasaan mereka terhadap istana, Dap mengambil keputusan menyaman kerajaan kerana membubarkan parlimen bagi memberi laluan kepada pilihanraya umum ke 15.

Propaganda jahat ini sebenarnya antara persepsi yang cuba dimainkan oleh Dap supaya rakyat menolak UMNO BN pada PRU15 kerana Dap dan Pakatan Harapan sebenarnya tidak mampu untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada mereka apabila gagal menunaikan manifesto ketika menang pada PRU14.

Bukan setakat gagal tunaikan manifesto, Dap yang memimpin Pakatan Harapan melalui Mahathir sebagai Perdana Menteri membuat kenyataan rasmi bahawa ‘manifesto adalah bukan kitab suci’. Bukan itu sahaja, sepanjang 22 bulan mereka menjadi kerajaan, kepentingan rakyat diabaikan dan kedudukan ekonomi negara terlalu buruk.

Ini bukan kali pertama Dap menunjukkan sikap sebenar mereka kepada institusi Raja Berpelembagaan.

Dap juga kehabisan modal politik apabila cuba melaga-lagakan kepimpinan UMNO BN dan di waktu yang sama menakutkan pengundi dengan membuat persepsi Zahid Hamidi yang sedang berdepan dengan beberapa kes di mahkamah bakal menjadi Perdana Menteri sekiranya UMNO BN menang pada PRU15 kelak.

Hakikatnya Dap dan Pakatan Harapan sedar dan begitu takut apabila UMNO BN lebih awal membuat ketetapan bahawa calon tunggal sebagai Perdana Menteri selepas PRU15 adalah Dato Seri Ismail Sabri.

Keputusan menjadikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri dan ‘Poster Boy’ mewakili UMNO BN mendapat konsensus dan ketetapan parti UMNO BN seawal beliau dipilih sebagai Perdana Menteri bagi menggantikan Muhyiddin Yassin.

UMNO BN tidak menipu dalam soal manifesto dan calon Perdana Menteri, jadi pengundi jangan tertipu dengan strategu kotor Dap dan Pakatan Harapan serta parti pembangkang yang lain.

No comments

Ads Place