Bermula dari Muhyiddin Yassin mengambil alih jawatan Perdana Menteri setelah Mahathir meletakkan jawatan, Yang diPertuan Agong telah bertita...
Bermula dari Muhyiddin Yassin mengambil alih jawatan Perdana Menteri setelah Mahathir meletakkan jawatan, Yang diPertuan Agong telah bertitah supaya mengekalkan kestabilan politik negara agar ekonomi rakyat dan negara sentiasa di dalam keadaan yang terbaik.
Malangnya Muhyiddin gagal melaksanakan tanggung jawab tersebut. Bukan sahaja gagal mengawal virus covid19 malah lebih teruk, ‘penyelesaian’ Muhyiddin dengan menggunakan ‘darurat’ menjadikan keadaan rakyat dan ekonomi negara makin buruk. Akhirnya Muhyiddin terpaksa meletakkan jawatan kerana majoriti ahli parlimen telah hilang kepercayaan terhadap beliau.
Dato Seri Ismail Sabri mengambil alih jawatan tersebut setelah mendapat mandat dari majoriti ahli parlimen dan mendapat perkenan Yang diPertuan Agong.
Titah yang sama baginda ajukan kepada PM Ismail Sabri dan kabinet iaitu mengekalkan kestabilan politik supaya ekonomi rakyat dan negara kembali pulih akibat daripada kesan pandemik covid19.
PM Ismail Sabri tidak menunggu lama, terus merancang dan melaksanakan pakej pemulihan negara melalui konsep Keluarga Malaysia, ‘tiada siapa yang akan ketinggalan’.
Namun setelah setahun lebih PM Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri dan telah membuktikan kejayaan yang cemerlang melalui peningkatan ekonomi negara dan pakej rangsangan yang banyak membantu rakyat, Muhyiddin Yassin mula menunjukkan ‘warna’ sebenar beliau. Selain tidak komited sebagai Pengerusi Pemulihan Ekonomi negara yang sepatutnya bertindak menasihat kerajaan Keluarga Malaysia berkait dengan ekonomi, Muhyiddin gagal menjalankan tugasnya.
Malah semakin teruk, hampir saban waktu mengeluarkan kenyataan berbaur politik memecahbelahkan kesepakatan antara kabinet yang datangnya dari pelbagai parti politik.
Kemuncaknya, Muhyiddin secara terang-terangan menyerang PM Ismail Sabri apabila mengeluarkan kenyataan bahawa Barisan Nasional adalah musuh utama Perikatan Nasional.
Ini disusuli dengan langkah tidak wajar 12 orang menteri yang warkah kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Ini menunjukkan menteri-menteri berkenaan mula terkena ‘toksik’ yang mampu mencetuskan suasana tidak harmoni negara.
Keputusan membubarkan parlimen ini juga bagi menidakkan suara-suara yang selama ini meratib keabsahan, melabelkan sebagai Kerajaan pintu belakang dan Kerajaan tebuk atap.
PM Ismail Sabri melakukan langkah yang amat tepat dengan memulangkan balik mandat kepada rakyat bagi menentukan kerajaan yang dipilih nanti adalah sebuah kerajaan yang stabil dan boleh menjaga mereka.
No comments