Secara konsensusnya UMNO BN hanya menamakan Dato Seri Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri ke 10 sekiranya UMNO BN menang pada pilihan...
Secara konsensusnya UMNO BN hanya menamakan Dato Seri Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri ke 10 sekiranya UMNO BN menang pada pilihanraya umum ke 15 nanti.
Tidak dapat dinafikan, Ismail Sabri telah diuji dan terbukti mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri ke 9 dengan cemerlang.
Cabaran ekonomi rakyat dan negara kerana kesan pandemik covid 19 berjaya diatasi oleh Ismail Sabri dengan pelbagai perancangan dan perlaksanaan termasuk pendekatan mengurangkan pemusatan terlalu ‘berpolitiking’ kepada berjaya mengajak pembangkang bersama berganding bahu menyelesaikan masalah virus membunuh yang menyerang negara.
Mengikut rekod, tidak sampai setahun pentadbiran kerajaan Keluarga Malaysia yang diilhamkan oleh beliau berjaya membawa negara dan rakyat kepada fasa peralihan endemik.
Cabaran pandemik ini diharungi oleh Ismail Sabri. Sekiranya gagal merancang, Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang muflis.
Ismail Sabri merancang dan melaksanakan pakej pemulihan ekonomi rakyat dan negara secara terbuka seperti;
i) Perlaksanaan program vaksin serentak di seluruh negara
ii) Sektor ekonomi domestik yang dibuka secara berhati-hati dan berperingkat.
iii) Pembukaan sempadan negara untuk menghidupkan semula jalinan pelaburan luar
iv) Mengawal harga barangan keperluan rakyat dengan mengekang kartel yang selama ini bermaharajalela menindas rakyat dengan ‘permainan’ menetapkan harga barang.
v) Perdana Menteri Malaysia yang pertama memansuhkan AP impot ayam dan barangan keperluan harian yang lain.
vi) Perdana Menteri Malaysia pertama menghentikan ekspot ayam supaya kartel tidak lagi menekan pengguna.
vii) Kejayaan mengawal inflasi dengan menubuhkan Pasukan Khas Jihad Ekonomi. Pemantau dekat dan bersasar dan ini juga tidak pernah berlaku sebelum ini.
viii) Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 8.9% telah meletakkan Malaysia di tempat pertama antara negara ASEAN.
Inilah adalah antara sebab kenapa UMNO BN tanpa ragu memilih Ismail Sabri menjadi calon tunggal parti untuk menjadi Perdana Menteri ke 10 supaya agenda Keluarga Malaysia dapat diteruskan.
No comments