Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

PRU15: Budaya Lama UMNO Yang Merugikan Parti

Tiada jalan mudah untuk UMNO BN menang pada pilihanraya umum ke 15. Samada menang lebih daei majoriti 2/3 atau menang dengan majoriti mudah....


Tiada jalan mudah untuk UMNO BN menang pada pilihanraya umum ke 15. Samada menang lebih daei majoriti 2/3 atau menang dengan majoriti mudah. 

Hanya satu sahaja faktor yang membolehkan UMNO BN menang iaitu perpaduan dalaman parti sesama ahli. 

Budaya berpuak-puak perlu dihentikan segera. Amalan ‘cas keting’ dan sabotaj parti kerana tidak terpilih sebagai calon wajib dibuang segera.

Dunia semakin maju dan ahli UMNO BN perlu matang di dalam politik. Ahli UMNO BN wajar berjiwa besar, yang penting bukan kepentingan peribadi tetapi keutamaan UMNO.

Calon yang terpilih perlu dimenangkan dan budaya akur dengan keputusan parti wajib disuburkan.

Ahli umno jangan mudah terpedaya dengan dakyah dan fitnah dari luar mahupun dalaman parti terhadap kepimpinan tertinggi parti. Cubaan untuk melagakan PM dan Presiden masih dilakukan dengan naratif kononnya Zahid Hamidi akan menjadi perdana menteri walhal konsensus parti jelas bahawa Ismail Sabri akan dinamakan sebagai perdana menteri selepas pru15 dimenangi BN.

‘Poster Boy’ adalah ‘produk’ yang mudah dijual kerana bukti kejayaannya sepanjang menjadi Perdana Menteri’ adalah faktor utama rakyat kembali menyakini UMNO BN, maka gunalah peluang keemasan ini supaya rakyat sentiasa ingat betapa PM Ismail Sabri sentiasa meletakkan rakyat sebagai keutamaan sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri.

No comments

Ads Place