Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

PRU15 Adalah Masa Yang Tepat Untuk Tinggalkan Mahathir-Anwar

Kronisma, nepotisma, memperbodohkan pengikut dengan menjadikan politik umpama agama akan meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang suka...


Kronisma, nepotisma, memperbodohkan pengikut dengan menjadikan politik umpama agama akan meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang sukar untuk maju.

Politik Malaysia sekarang cuba didoktrinkan berkisar hanya kepada Mahathir dan Anwar sahaja. Hakikatnya kedua mereka ini telah melepasi peluang yang telah pun diberikan kepada mereka lebih daripada 30 tahun.

Sehinggakan peluang diberikan kepada mereka dan pengikut taksub mereka pada pilihanraya umum ke-14 yang lalu tetapi gagal bukan sahaja menunaikan janji yang mereka buat kepada rakyat tetapi lebih malang, Mahathir dan Anwar melalui perantaranya Wan Azizah hampir meletakkan negara ini di ambang muflis dan huru-hara apabila berlaku perebutan kuasa antara keduanya. Ekonomi rakyat dan negara tidak diberi fokus oleh mereka berdua walhal pada saat itu virus covid19 yang mengancam seluruh dunia mulai merebak.

Muhyiddin juga mendapat peluang yang sama dan turut gagal. Hampir meranapkan ekonomi negara dan menyesakkan nafas rakyat yang terkesan dengan cara beliau mengawal pandemik tersebut. Rakyat terkurung dengan begitu lama dan keadaan politik negara terancam.

Syukurlah Dato Ismail Sabri yang mengambil alih jawatan dari Muhyiddin Yassin segera membuat keputusan dengan pelbagai langkah pemulihan ekonomi rakyat dan negara. Beliau dengan berani dan tersusun membuka kembali ekonomi domestik supaya rakyat boleh kembali menjalani kehidupan dan pembukaan tersusun pintu sempadan bagi merancakkan kembali ekonomi negara.

Ismail Sabri, pemimpin yang datangnya dari UMNO BN sekali gus menafikan bahawa parti UMNO BN ‘miskin’ kepimpinan yang berwibawa. Kejayaan beliau ketika menjadi Perdana Menteri ke-9 datang daripada pengalaman ketika menjawat beberapa portfolio kementerian yang dekat di hati rakyat seperti Menteri Pertanian, Menteri KPDNKK dan Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Rakyat Malaysia seharusnya boleh menilai apa yang telah dilakukan oleh Ismail Sabri di dalam masa kurang dari 2 tahun beliau menjadi Perdana Menteri.

Janganlah perjudikan nasib anak cucu kita di tangan manusia yang merosakkan amanah rakyat berpuluh tahun lamanya dan yang politik mereka hanya berkisar mengenai kepentingan anak pinak mereka sahaja. Mahathir dan anaknya manakala Anwar dengan politik menambah kerusi untuk ahli keluarganya.

No comments

Ads Place