Semua orang sudah maklum, baik ahli UMNO BN mahu pun rakyat negara ini yang mengikuti perkembangan mutakhir UMNO BN bahawa ketetapan parti s...
Semua orang sudah maklum, baik ahli UMNO BN mahu pun rakyat negara ini yang mengikuti perkembangan mutakhir UMNO BN bahawa ketetapan parti sudah dibuat berhubung jawatan Perdana Menteri sekiranya UMNO BN memenangi PRU ke 15 adalah Dato Seri Ismail Sabri.
Keputusan rasmi telah dibuat melalui mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan dipersetujui sebulat suara oleh seluruh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri seluruh negara. Malah PM Ismail Sabri adalah ‘poster boy’ bagi pilihanraya umum ke 15 ini.
Parti pembangkang cukup risau dan takut kepada keberadaan PM Ismail Sabri kerana selama menjadi Perdana Menteri ke 9, beliau telah membuktikan bahawa konsep Keluarga Malaysia yang dibawanya berjaya mengekalkan kestabilan politik di dalam negara walaupun kerajaan tersebut di dalamnya terdapat menteri dan timbalan menteri dari pelbagai parti politik.
Bukan itu sahaja, kebijaksanaan PM Ismail Sabri berjaya mengajak parti pembangkang untuk bersama menyelesaikan masalah pandemik covid19 juga memperlihatkan kepada rakyat bahawa PM Ismail Sabri adalah pemimpin yang meletakkan keutamaan rakyat dan negara melebihi kepentingan peribadinya.
Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional sudah hilang akal, petunjuk kepada keyakinan rakyat mula kembali kepada UMNO BN adalah kerana kejayaan PM Ismail Sabri menguruskan negara.
Mereka hanya mampu untuk cuba memecahbelahkan umno dan menghakiskan keyakinan rakyat dengan menakutkan rakyat kononnya Zahid akan menjadi Perdana Menteri jika BN menang walhal ianya bertentangan dgn konsensus dan ketetapan parti iaitu Ismail Sabri yang akan menjdi Perdana Menteri selepas PRU15.
Rakyat sudah muak dengan cara menyerang peribadi dan menipu untuk menang. Rakyat telah merasai sendiri sepanjang PM Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri ke 9. Rakyat tidak mudah ditipu oleh mereka dan kumpulan ‘musang berbulu ayam’.
No comments